Ikuti Cara Mohon Kerja Sektor Kerajaan Dengan Menggunakan Sistem Baru, SPA9

Cara Mohon Kerja Sektor Kerajaan Dengan Menggunakan Sistem Baru, SPA9

Bermula Oktober, pihak SPA telah memperkenalkan sistem baharu iaitu SPA9 dimana kepada mereka yang ingin mohon kerja sektor Kerajaan, mereka perlu memohon melalui sistem baru ini. Jom tengok cara memohon dibawah.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA8i sebelum ianya kini ditukar kepada SPA9. Jadi kepada anda yang belum pernah memohon kerja Kerajaan sebelum ini, anda perlu mohon menggunakan SPA9 tetapi jika sebelum ini pernah memohon dan mendaftar melalui SPA8i, anda tidak perlu membuat pendaftaran baru untuk SPA9 ini.

SPA9 ini merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan secara online bagi memohon perkerjaan dalam Perkhidmatan Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadirang Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Jadi bagi negeri-negeri lain, anda boleh mohon melalui SPA Negeri dan bukan SPA9.

Jadi kepada mereka yang belum pernah memohon dan mendaftar sebelum ini, jangan risau, anda boleh ikuti cara mohon kerja sektor Kerajaan disini dengan menggunakan borang permohonan SPA9 sebagai permohonan baru.

Cara Mohon Kerja Kerajaan Guna SPA9

Permohonan baru baru ikuti cara pendaftaran masuk dan login SPA9 disini :

Langkah 1 : Pergi ke Portal Rasmi SPA9 di https://spa9.spa.gov.my/

Langkah 2 : Kemudian klik pada "Pendaftaran Pengguna" bagi permohonan baru

Cara Mohon Kerja Sektor Kerajaan Dengan Menggunakan Sistem Baru, SPA9

Langkah 3 : Lengkapkan semua maklumat seperti yang diminta. Pastikan semua maklumat tersebut adalah benar dan tidak menipu

Cara Mohon Kerja Sektor Kerajaan Dengan Menggunakan Sistem Baru, SPA9

Langkah 4 : Jika sudah selesai, tanda pada kotak dan klik "Setuju"

Mula Mohon Jawatan Kerajaan Dalam SPA9

Setiap pemohon dibenarkan untuk memohon jawatan maksimum sehingga 1 jawatan sahaja. Mohon ikuti kelayakan dan kekosongan. Untuk semak kekosongan jawatan, anda boleh semak di Facebook SPA atau melalui Portal Rasmi SPA. Anda perlu alert dengan kekosongan yang diiklankan disana.

Cara Mohon Kerja Sektor Kerajaan Dengan Menggunakan Sistem Baru, SPA9

Setiap permohonan, tempoh sah laku adalah selama setahun daripada tarikh mula mohon. Jika setahun tiada kekosongan, anda perlu mohon sekali lagi.

Jika permohonan anda layak, pihak SPA akan menghantar panggilan peperiksaan/temu duga melalui Emel. Jadi pastikan emel yang didaftarkan adalah tepat dan mudah diakses. Anda juga perlu sentiasa semak folder Spam Mail atau Junk Mail dalam emel anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau permasalahan, anad boleh hubungi HOTLINE SPA di 03-8091 9000

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended