Tiada Lagi SPA8i, Kini Akan Beralih Kepada Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

tiada lagi SPA8i, kini bertukar kepada SPA9

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini mengumumkan dimana mereka akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya.

Jika sebelum ini, orang ramai yang ingin memohon jawatan di dalam sektor Kerajaan, mereka perlu memohon di SP8i iaitu melalui pautan putra12.spa.gov.my. Jadi disini perlu mendaftar butiran peribadi dan juga membuat permohonan jawatan yang dibuka.

Jadi bermula 28 September 2020 ini, SPA akan menggunakan sepenuhnya sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui pautan spa9.spa.gov.my

Sistem SPA9 Kini Digunakan Sepenuhnya

tiada lagi SPA8i, kini bertukar kepada SPA9

Pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh, tidak perlu mendaftar semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru.

Pemohon boleh merujuk kepada panduan pendaftaran SPA9 di Portal SPA untuk memohon jawatan bila sistem ini dibuka kelak.

Mohon Jawatan Di SPA

Jadi jika anda berminat untuk bekerja di dalam sektor Kerajaan, anda perlu "alert" dengan pengumuman jawatan kosong. Pihak SPA akan umumkan menerusi 2 platform iaitu melalui facebook rasmi di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) atau menerusi laman web rasmi di www.spa.gov.my/spa/.

Jika ada kekosongan, barulah anda boleh mohon melalui pautan SPA9 seperti yang dikongsikan di atas. Kemudian tunggu sahaja panggilan daripada pihak SPA.

Post a Comment

Previous Post Next Post