Semua Perkhidmatan Bank Rakyat Akan Tergendala Bermula 9 Hingga 14 Oktober 2020

Semua Perkhidmatan Bank Rakyat Akan Tergendala Bermula 9 Hingga 14 Oktober 2020

Seperti yang diumumkan melalui beberapa posting di facebook, bermula 8 Oktober hingga 14 Oktober 2020 ini, segala perkhidmatan Bank Rakyat akan tergendala disebabkan naik taraf sistem bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Jadi ketika proses naik taraf tersebut, semua aktiviti berkaitan Bank Rakyat akan terganggu iaitu bermula jam 4 petang (9 Oktober) hingga 12 tengah hari (12 Oktober).

Tapi adakah semua perkhidmatan akan terganggu? Adakah akan ada perkhidmatan yang boleh digunakan?

Seperti yan diumumkan, antara jenis perkhidmatan yang tidak boleh digunakan pada tempoh tersebut adalah seperti berikut :

  1. Perkhidmatan kaunter di semua cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu
  2. Perbankan Internet (iRakyat)
  3. iBizRakyat
  4. Kad Debit-i
  5. Terminal Layan Diri Bank Rakyat
    1. Mesin ATM
    2. Mesin CDM
    3. Mesin CoDM
    4. Mesin CICO
  6. Ejen Bank, Bank Rakyat

Semua perkhidmatan Kad Kredit-i Bank Rakyat tidak akan terjejas.

Semua Perkhidmatan Bank Rakyat Akan Tergendala Bermula 9 Hingga 14 Oktober 2020

Perkhidmatan Bank Rakyat Tergendala

Jadi pelanggan dinasihati untuk merancang segala urusan perbankan sebelum tarikh tersebut iaitu 9 Oktober hingga 12 Oktober 2020 (4 hari).

Bank Rakyat memberitahu, antara perubahan ketara selepas sistem dinaiktaraf adalah perubahan nombor akaun simpanan daripada 12 digit kepada 10 digit sahaja. Jadi kelak untuk semakan lanjut, boleh hadir ke mana-mana cawangan berhampiran atau layari perbankan internet iRakyat atau hubungi Pusat Panggilan 1-300-80-5454


sumber : facebook Bank Rakyat

Post a Comment

Previous Post Next Post