Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair

Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair

Peminat churros, apa kata lepas ni anda buat sendiri sahaja dengan ikuti perkongsian resepi dan cara buat churros untuk dimana bersama coklat cair. Sumpah sedap!

Churros ni anda boleh dapatkan di gerai pasar malam dengan harga yang murah atau boleh beli di street churros yang ada di shopping mall dan pasitnya harga lebih mahal. Jadi lepas ni, apa kata buat sendiri je terus.

Boleh buat banyak-banyak untuk dihidangkan dan dimakan bersama keluarga. Cara buatnya tidaklah terlalu sukar yang panting bentuk adunan yang diingin supaya barulah boleh membentuk menjadi adunan churros kan.

Resepi Dan Cara Buat Churros

Penyediaan dengan kuantiti daripada perkongsian ini adalah untuk 2 - 3 orang. Jadi kalau nak buat lebih, tambahkan sahaja kuantiti bahan.

Bahan-Bahan

  • 1 cawan air
  • 1 sudu gula
  • 1 1/4 cawan tepung gandum (boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka)
  • 1 bili telur (saiz L)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu butter
Cara-Cara

1.  Didihkan air, garam, butter dan juga kecil. Gunakan api kecil

Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair

2.  Masukkan tepung. Kacau cepat-cepat agar tepung tidak berketul dan kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)

Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair

3.  Terus masukkan telur dan kacau sebati

Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair

4.  Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan kedalam acuan. Gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)

Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair

5.  Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.

Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair

6.  Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair

7.  Akhir sekali, taburkan gula+cinnamon jika suka atau terus sahaja celup dengan coklat cair. Nyum nyum!!

Resepi Dan Cara Buat Churros Untuk Dimakan Bersama Coklat Cair


sumber : resepimakanmy

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended