Beberapa Siri Dan Filem Original Netflix Boleh Ditonton Secara Percuma Walaupun Anda Belum Subcribe

Beberapa Siri Dan Filem Original Netflix Boleh Ditonton Secara Percuma Walaupun Anda Belum Subcribe

Antara platform penstriman terbesar dunia, Netflix hari ini melepaskan beberapa siri dan filem original Netflix kepada pengguna secara percuma walaupun mereka tidak melanggan atau subscribe secara bulanan di Netflix.

Antara negara yang terpilih untuk dapat akses perkara ini termasuk la juga Malaysia. Antara siri atau filem yang anda boleh strim secara percuma setakat ini adalah Stranger Things, Murder Mystery, Elite, Bird Box, The Boss Baby, When They See Us, Love Is Blind, The Two Popes, Our Planets dan Grace and Frankie.

Beberapa Siri Dan Filem Original Netflix Boleh Ditonton Secara Percuma Walaupun Anda Belum Subcribe

Beberapa Siri Dan Filem Original Netflix Boleh Ditonton Secara Percuma Walaupun Anda Belum Subcribe

Beberapa Siri Dan Filem Original Netflix Boleh Ditonton Secara Percuma Walaupun Anda Belum Subcribe

Mungkin ini cara Netflix untuk menarik lebih ramai pengguna yang masih belum subscribe akaun mereka supaya boleh cuba dahulu kandungan yang diberi ini secara percuma

Strim Percuma Di Netflix Kepada Non-Subscribers

Pengguna tidak perlu melanggan atau buat akaun Netflix untuk menonton rancangan ini secara percuma. Anda boleh boleh tonton terus melalui pautan ini www.netflix.com/watch-free dan terus strim menggunakan internet.

Tetapi jika berminat, anda boleh langgan atau subscribe Netflix secara bulanan bermula harga serendah RM17/bulan sehingga RM55/bulan. Anda terus melanggan di website Netflix www.netflix.com

Setakat ini, anda hanya boleh akses pautan percuma ini menggunakan browser sahaja dan tidak disediakan melalui aplikasi Netflix. Sebelum ini, Netflix juga pernah kongsikan kandungan mereka secara percuma melalui Youtube ketika awal pandemik COVID-19 menyerang di seluruh dunia.

Beberapa hari yang lepas, Netflix Malaysia juga memberikan berita gembira kepada semua penggunanya di Malaysia apabila telah menyediakan pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu bagi paparan antaramuka bersama-sama sarikata bagi beberap siri dan filem.


sumber : techcrunch

Post a Comment

Previous Post Next Post