Kini Anda Boleh Nikmat Netflix Dalam Bahasa Melayu


Kini anda boleh nikmati perkhidmatan penstriman Netflix di dalam Bahasa Melayu. Netflix antara penstriman dunia yang terbesar di dunia dan telah memasuki Malaysia sejak 2016 lagi.

Sejak daripada memasuki pasaran Malaysia, Netflix hanya menyediakan perkhidmatan dalam bahasa Inggeris sahaja. Ini bermakna segala menu, kategori, sinopsis, tatacara dan beberapa lagi ditulis di dalam Inggeris walaupun anda strim di dalam Malaysia.

Kini Netflix Dalam Bahasa Melayu

Tetapi selapas 4 tahun, hari ini Netflix telah menyokong perkhidmatan dalam Bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Ini bermakna juga, segala profil peribadi, navigasi menu, sinopsis, dan segala antaramuka boleh di akses dalam Bahasa Melayu juga selain daripada English.


Selain daripada antaramuka, dari semasa ke semasa, kandungan setiap series atau filem di dalam Netflix juga akan menerima pilihan bahasa Melayu seperti sari kata dan alih suara. Seperti dikongsikan melalui pautan Amanz, setakat ini antara kandungan original Netflix terkenal sahaja akan menerima pilihan bahasa tersebut seperti Umbrella Academy, The Witcher dan Kingdom.

Ini merupakan masa yang sesuai Netflix menyediakan pilihan bahasa tersebut bersempena Bukan Kemerdekaan. Jadi bagi mereka yang menunggu ciri terbaru ini, anda kini boleh guna pilihan Bahasa Melayu di Netflix

Post a Comment

Previous Post Next Post