10 Pelakon Dengan Menerima Bayaran Tertinggi Bagi Tahun 2020

10 Pelakon Dengan Menerima Bayaran Tertinggi Bagi Tahun 2020

Agaknya siapalah pelakon di dunia ini yang menerima bayaran tertinggi sekali untuk tahun 2020 ni. Dan berapalah agakanya mereka terima untuk berlakon dalam filem atau rancangan tv yang dikeluarkan tersebut.

Itulah hakikatnya dimana pelakon juga menerima bayaran yang tinggi ketika ini. Oleh sebab itu jugalah, ramai yang ingin ceburi bidang lakonan ini. Tetapi ianya bukanlah sekadar lakonan semata-mata. Anda perlu berlakon sehingga nampak anda seolah-olah tidak berlakon. Yang pastinya inilah yang disampaikan oleh 10 pelakon yang menerima bayaran tertinggi ini.

Dengan kebolehan mereka itulah, pihak produksi sanggup membayar tinggi kepada mereka untuk menjayakan sesebuah cerita. Mungkin dengan kehadiran mereka ini, cerita tersebut menjadi lebih real dan menarik untuk tontonan orang ramai.

Jadi jom kita tengok antara 10 pelakon yang menerima bayaran tertinggi bagi tahun 2020. Seperti yang dilaporkan oleh Forben, gabungan bayaran 10 pelakon ini menghasilkan sehingga USD545.5 juta.

10 Pelakon Dengan Bayaran Tertinggi Tahun 2020

Dalam senarai tahun 2020 ini, tiada perempuan yang tersenarai seperti tahun 2019 dimana Scarlett Johansson berjaya masuk top 10. Kebanyakkan kesemua pelakon ini juga, kita mengenali mereka yang terkenal di Hollywood

#1.  Dwayne Johnson - USD87.5 Juta

Dwayne Johnson - USD87.5 Juta

Kelahiran : 2 Mei 1972 di Hayward California, USA
Tinggi : 1.96 m
Pasangan : Lauren Hashian

Nampaknya, 'The Rock' masih menduduki tangga top 10 pelakon yang menerima bayaran tertinggi untuk tahun 2020 ni. Siapa tak kenal beliau yang juga pernah menyertai WWF dan kini sudah bergerak sepenuhnya di dalam bidang lakonan. Bermula Jun 2019 hingga Jun 2020, Dwayne Johnson telah menerima lebih kurang USD87.5 juta termasuklah lakonan Netflix beliau, Red Notice. 

#2.  Ryan Reynolds - USD71.5 Juta

Ryan Reynolds - USD71.5 Juta

Kelahiran : 23 Oktober 1976 di Vancouver, Kanada
Tinggi : 1.88 m
Pasangan : Black Lively
Filem seterusnya : Free Guy, The Hitman's Wife's Bodyguard, The Croods 2

Mungkin ramai yang lebih mengenali beliau dalam filem Deadpool. Beliau disenaraikan ini hasil daripada lakonan terbaru Ryan Reynolds di dalam filem Netflix, Red Notice dan Six Underground. Katanya Netflix akan keluarkan filem seterusnya yang dibintangi oleh beliau kelak. Mungkin pada tahun 2021 kelak, Ryan akan juga disenaraikan di dalam top 10 highest paid actors ni.

#3.  Mark Wahlberg - USD58 Juta

Mark Wahlberg - USD58 Juta

Kelahiran : 6 Jun 1971 di Dorchester, Boston, Massachusetts, USA
Tinggi : 1.73 m
Pasangan : Rhea Durham
Rancangan TV : Wahlburgers, Entourage, The Substitute, Top Gear, MORE

Mark Wahlberg tidaklah se popular pelakon yang lain dimana tidak menggambarkan mana-mana filem tetapi melalui filem Netflix, Spencer Confidential, beliau berjaya peroleh bayaran yang cukup lumayan. Pelakon 49 tahun ini berjaya memperoleh USD58 juta dalam bidang lakonan untuk tahun 2020 ini. 

#4.  Ben Affleck - USD55 Juta

 Ben Affleck - USD55 Juta

Kelahiran : 15 Ogos 1972 di Berkeley, California, USA
Tinggi : 1.92 m
Pasangan : Jennifer Garner
Filem Akan Datang : Deep Water, Zack Snyder’s Justice League, The Last Duel

Jika orang sebut nama Ben Afflect, pasti mereka akan ingat The Batman sebagai Bruce Wayne di dalam filem tersebut. Dengan filem terbaru beliau, Ben Afflect berjaya peroleh sehingga USD55 juta sehingga tahun 2020. Dengan filem The Way Back tersebut, lagi dapat menaikkan nama beliau selain daripada bayaran yang cukup lumayan

#5.  Vin Diesel - USD54 Juta

Vin Diesel - USD54 Juta

Kelahiran : 18 Julai 1967 di Alameda, California, USA
Tinggi : 1.82 m
Filem Akan Datang : 9, Avatar 2, Fast & Furious 10

Selain daripada lakonan di dalam F8 sebelum ini, mana agaknya Vin Diese atau nama sebenarnya beliau Mark Sinclair bayaran diperoleh daripada lakonan sehingga mampu memperoleh USD54 Juta untuk tahun ini. Tayangan F9 pun ditangguhkan sehingga 2021 atau mungkin dah terima bayaran pun atau belum? Jika belum, pastinya kelak, beliau peroleh lebih banyak daripada F9 tersebut. Pada tahun 2020, majoriti pendapatan diperoleh daripada siri animasi Netflix, Fast & Furious Spy Races.

#6.  Akshay Kumar - USD48.5 Juta

Akshay Kumar - USD48.5 Juta

Lahir : 9 September 1976 di Amritsar, Indian
Tinggi : 1.78 m
Pasangan : Twinkle Khanna
Filem Akan Datang : Sooryavanshi, Hera Pheri 3, Atrangi Re, Prithviraj, Bachchan Pandey

Satu-satunya pelakon Bollywood yang memasuki antara 10 pelakon menerima bayaran tertinggi untuk tahun 2020 ini iaitu Akshay Kumar. Antara kerjaya awal beliau adalah di dalam siri televisyen The End for Amazon Prime tetapi ianya bukanlah majoriti pendapatan yang diperoleh. Seperti maklumat daripada manofmany, beliau peroleh daripada perjanjian sokongan dengan pelbagai produk. Dari situlah Akshay Kumar peroleh pendapatan yang tinggi.

#7.  Lin-Manuel Miranda - USD45.5 Juta

Lin-Manuel Miranda - USD45.5 Juta

Kelahiran : 16 Januari 1980 di Washington Height, New York, USA
Tinggi : 1.75 m
Pasangan : Vanessa Nadal
Filem Dan Rancangan TV Akan Datang : Hamilton, Mary Poppins Returns

Buat pertama kali Lin-Manuel Miranda berada di dalam senarai top 10 highest paid ini dan pastinya bukan kali terakhir nampak. Ini kerana beliau akan berlakon di dalam flem In The Heights pada tahun ini dan pastinya akan memperoleh bayaran lumayan lagi.

#8.  Will Smith - USD44.5 Juta

Will Smith - USD44.5 Juta

Kelahiran : 25 September 1968 di Philadelphia, Pennsylvania, United States
Tinggi : 1.88 m
Nilai Bersih : USD250 Juta (2014)
Pasangan : Jade Pinkett Smith
Anak : Jaden Smith, Willow Smith, Trey Smith

Pelakon terkenal dari dulu hingga sekarang, Will Smith masih mampu peroleh pendapatan lumayan sehingga USD44.5 juta untuk tahun 2020 ini. Rasanya kita dah biasa dengar, beliau antara pelakon yang selalu menerima bayaran yang tinggi dalam apa pun filem disertaianya. Filem terbaru beliau adalah King Richard dengan memegang watak Richard Williams yang merupakan ayah kepada Ratu Tenis Serena dan Venus Williams.

#9.  Adam Sandler - USD41 Juta

Adam Sandler - USD41 Juta

Lahir : 9 September 1966 di Brooklyn, New York, USA
Pasangan : Jackie Sandler
Rancangan TV : Saturday Night Live, Adam Sandler: 100% Fresh

Pendapatan sehingga USD41 Juta yang diperoleh oleh Adam Sandler tahun 2020 ini adalah daripada Netflix Original iaitu Murder Mystery. Nampaknya sekali lagi, Netflix membayar pelakon dengan bayaran yang lumayan. Tahniah Adam Sandler!

#10.  Jackie Chan - USD40 Juta

Jackie Chan - USD40 Juta

Antara pelakon yang di dalam senarai yang paling 'versetail' dimana beliau boleh berlakon di Hollywood dan juga di tanah air beliau sebagai pelakong Hong Kong. Terkenal dengan kelicikan dalam langkah kung-fu dan aksi ketika berlakon. Untuk tahun 2020, beliau peroleh sehingga USD40 juta. Anda boleh lihat senarai filem terbarunya di www.jackiechan.com

Lahir : 7 April 1954 di Victoria Peak, Hong Kong
Tinggi 1.74 m
Pasangan : Joan Lin
Rancangan TV : Jackie Chan Adventures, Kung Fu Panda Holiday, Century Sonny



Kebanyakkan pelakon-pelakon ini peroleh bayaran yang sangat lumayan daripada filem Netflix yang kini semakin popular di dunia. Pastinya mereka juga peroleh daripada filem di layar perak. Dengan bayaran untuk setahun tu, agaknya berapalah nilai bersih harta mereka ada. Kaya beb!


sumber : manofmany.com

Post a Comment

Previous Post Next Post