Kini Anda Boleh Tonton Dokumentari Netflix Original Di Youtube

Berita baik kepada peminat dokumentari yang disiarkan di Netflix. Kini anda boleh tonton beberapa dokumentari Netflix di saluran Youtube secara percuma.

Kini Anda Boleh Tonton Dokumentari Netflix Di Youtube

Netflix antara perkara yang boleh kita gunakan untuk memenuhi masa lapang terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung. Kita sedia maklum, banyak negara terpaksa melakukan PKP atau lockdown sekali pun bagi membendung masalan penularan pandemik COVID-19 yang kini menyerang seluruh dunia.

Disebabkan ini jugalah perniagaan tidak dibenarkan beroperasi, banyak kedai ditutup dan juga sekolah yang terpaksa dibatalkan dan ditutup. Selama itulah, murid-murid tidak dapat hadir ke sekolah dan terpaksa belajar secara online terus dari rumah.

Netflix Original Documentaries Di Youtube

Kini Anda Boleh Tonton Dokumentari Netflix Di Youtube

Disebabkan sekolah ditutup itulah, para guru terutamanya di USA memohon kepada pihak Netflix supaya siarkan beberapa dokumentari daripada Netflix di Youtube. Para guru biasanya akan siarkan dokumentari ini di sekolah bagi tujuan pembelajaran pada hari-hari biasa. Jadi sekolah dah tutup, ramai murid yang tidak dapat akses melalui Netflix yang perlu di langgan secara bulanan.

Dengan permohonan itulah, pihak Netflix berbesar hati untuk menyiarkan Netflix original sama ada  dokumentari, show dan siri di Saluran Youtube Netflix. Dengan itu, murid-murid pun dapat menonton siri dokumentari Educational Documentaries | Netflix tersebut bagi tujuan pembelajaran secara percuma. 



Ianya juga boleh diakses oleh orang ramai dan bukanlah terhad kepada cikgu dan murid-murid sahaja. Jika anda berminat untuk menonton, anda boleh la pergi ke salurang Youtube Netflix untuk tontonan.

Antara dokumentari, show dan siri yang disiarkan

  • 13th (Filem)
  • Abstract (Series - Season 1)
  • Babies (Series - episod terpilih)
  • Our Planet (Series)
  • Chasig Coral (Filem)
  • Explained (Series - episod terpilih)
  • Knock Down the House (Filem)
  • Period. End of Sentence 
  • The White Helmets
  • Zion

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Netflix

Post a Comment

Previous Post Next Post