Anda Kini Tonton Dan Strim Drama Melayu Secara Percuma Di Aplikasi IQIYI

Anda Kini Tonton Dan Strim Drama Melayu Secara Percuma Di Aplikasi IQIYI

Salah satu platfrom penstriman yang ada di Malaysia, IQIYI kini telah menyediakan kandungan drama melayu terbitan penerbit Malaysia seperti 7 Hari Mencintaiku 2 sebelum ini.

IQIYI merupakan antara platform pentriman yang anda boleh tonton beberapa filem dan drama yang disediakan. Pada asalnya, kandungan IQIYI lebih kepada negara China dan Korea. Jadi sebelum ini, jika anda gunakan IQIYI ini, anda hanya dapat tonton kandungan daripada negara itu sahaja. Selain drama dan filem, IQIYI juga menyediakan tontonan animasi dan variety show. Running Man pun ada tau.

Kini tidak lagi, ini kerana IQIYI telah mengumumkan dimana mereka telah mula membawa masuk beberapa drama Melayu sesuai bagi penonton di Malaysia. Untuk permulaan, IQIYI telah menyiarkan drama melayu sebelum ini 7 Hari Mencintaku 2 secara percuma kepada penonton di Malaysia.

Kini ianya juga menyiarkan Pengantin Satu Malam yang masih disiarkan di TV3 untuk 28 episod penuh. Sebenarnya selain daripada drama tersebut, terdapat beberapa lagi drama TV3 khususnya terdapat di dalam IQIYI ini.

Cara Menggunakan Platform IQIYI

Jika anda tidak sempat menonton drama di TV3, anda boleh strim sahaja di IQIYI sama ada melalui smartphone atau di komputer. Anda boleh pergi ke pautan www.iq.com atau muat-turun aplikasi IQIYI di PlayStore atau AppStore dan daftar akaun pengguna secara percuma.

Anda juga boleh dapatkan akaun VIP dengan bayaran RM8.90 sebulan atau RM89.90 setahun. Dengan akaun VIP ini, anda tidak akan menerima tayangan iklan semasa tontonan.

Drama Melayu Di Dalam IQIYI

Setakat ini terdapat 6 drama melayu yang anda boleh strim secara percuma di IQIYI. Senarai drama ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Jadi jangan lupa strim di IQIYI tau. 

1.  7 Hari Mencintaiku 2

7 Hari Mencintaiku 2

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya. Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

2.  7 Hari Mencintaiku 

7 Hari Mencintaiku

Mia Adriana, perempuan yang sentiasa merasa dirinya yang bagus dipaksa menikahi lelaki kampung merangkap anak kawan baik Dato' Megat Idrus iaitu Pak Samad. Dengan sekali lafaz, Mia sah menjadi isteri Khuzairi. Atas desakan ibu Khuzairi yang benci akan Mia, ibunya menyuruh Khuzairi menikahi Syakila dan Khuzairi akur.

3.  Pengantin Satu Malam

Pengantin Satu Malam

Zulaikha Nasreen yang terdesak minta tolong dengan Bosnya, Zahred. Zahred setuju dengan permintaan Zulaika tapi atas satu syarat, Zulaika perlu menemani Zahred untuk satu malam.

4.  Leftanen Zana

Leftanen Zana

Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat. Sedari kecil, minatnya hanya satu, dia mahu menjadi tentera seperti ayahnya. Namun, ayahnya lebih mengharapkan abangnya, Zaidi untuk menyambung legasinya itu. Tetapi apa yang ayah tidak tahu, dalam diam, Zana telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera ATM.

5.  Kampung People

Kampung People

Razif and keluarganya terpaksa mohon Program Perlindungan Saksi selepas Razif menjadi saksi kepada satu kes jenayah. Mereka juga terpaksa tukar identiti mereka dan pindah ke kampung. Kejadian lucu berlaku apabila mereka cuba mengatasi cabaran hidup di kampung.

6.  Setelah Ku Dimiliki

Setelah Ku Dimiliki

Berbekalkan hati yang telah terluka dihalau ibu kerana dosa silamnya, Sarra meneruskan kehidupan di Pulau Langkawi, menjadi pekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu, lelaki yang pernah menidurinya dahulu, muncul semula dalam hidupnya. Pertemuan semula dengan Adriz membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenalinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post