Penulis Novel, Siti Rosmizah Mengesahkan 7 Hari mencintaiku Musim Ke-3 Akan Disambung

Penulis Novel, Siti Rosmizah Mengesahkan 7 Hari mencintaiku Musim Ke-3 Akan Keluar Tahun 2022

Siti Rosmizah merupakan penulis novel bagi tajuk 7 Hari Mencintaiku dan 7 Hari Mencintaiku 2 memberitahu Berita Harian dimana, jalan cerita 7 Hari Mencintaiku Musim 3 sudah disiapkan dan akan bermula pengembaraan pada tahun 2022 kelak.

Dalam pada itu, penulis novel itu juga meluahkan rasa bangga apabila drama TV3 yang merupakan adaptasi daripada novelnya itu telah mendapat lebih 12 juta penonton sepanjang tayangan 33 episod dan 5 juta penonton pada episod akhir itu sahaja.

Penulis Novel, Siti Rosmizah Mengesahkan 7 Hari mencintaiku Musim Ke-3 Akan Keluar Tahun 2022

7 Hari Mencintaiku 2 telah ditayangkan di TV3 melalui slot Akasia yang dimainkan setiap isnin hingga jumaat pada pukul 7 malam. Selain itu, drama itu juga boleh ditonton secara striming melalui aplikasi IQIYI secara percuma.

BACACara Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online Dan Percuma Melalui Aplikasi IQIYI

Sumber ini hanya diperoleh menerusi tontonan di TV3 dan tidak termasuk view daripada Youtube sebelum ini dan juga aplikasi IQIYI. Jika ditambah, pastinya jumlah itu lebih tinggi jika melihat jumlah views yang dipaparkan di Youtube Drama Sangat sebelum ini.

Dengan kejayaan yang dicapai oleh pihak produksi, ini membuktikan penonton lebih meminati drama kekeluargaan yang mampu membawa kesedaran berbanding genre cinta fantasi. Anda boleh dapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan di dalam dram ini menerusi barisan pelakon handalan yang memberikan drama ini lebih bermakna.

Drama 7 Hari Mencintaiku Musim Ke-3 Akan Di Sambung Pada Tahun 2022

Dengan kejayaan yang luar biasa yang ditunjukkan melalui drama ini, TV3 nampaknya terus komited untuk menghasilkan sebuah lagi drama juga daripada hasil tangan Siti Rosmizah yang juga kesinambungan daripada musim ke-2 sebelum ini.

Siti Rosmizah memberitahu, TV3 minta beliau untuk sambung musim ketiga. Jadi dengan itu, beliau telah siapkan jalan cerita dan perlu masa untuk menghasilkan skrip dan akan digerakkan pada 2022 kelak.

Penulis Novel, Siti Rosmizah Mengesahkan 7 Hari mencintaiku Musim Ke-3 Akan Keluar Tahun 2022

Katanya lagi, kali ini sedikit berbeza. Jika drama 7 Hari Mencintaiku musim pertama dan musim kedua bermula daripada novel dan kemudian dibawa ke kaca TV, kali ini buat lain sikit. TV3 akan tayangkan drama terlebih dahulu dan barulah dikeluarkan novel. Ini untuk mengelakkan berlakunya spoiler.

Karekter dan para pelokon pun sepertinya akan dikekalkan dan mungkin akan ada penambahan watak selepas ini. Dalam pada itu juga, jika keadaan mengizinkan, mungkin 7 Hari Mencintaiku akan diangkat ke layar perak.

Bagi yang merindui drama 7 Hari Mencintaiku  dan 7 Hari Mencintaiku 2, anda boleh strim secara percuma di IQIYI

Nampaknya, kita kena tunggu 2 tahun lagi la untuk tahu cerita seterusnya dalam 7 Hari Mencintaku. Tak sabar ni!! 

Post a Comment

Previous Post Next Post