Tonton Secara Online Drama Pengantin Satu Malam Melalui Aplikasi IQIYI

Tonton Secara Online Drama Pengantin Satu Malam Melalui Aplikasi IQIYI

Anda kini boleh tonton drama terbaru TV3, Pengantin Satu Malam secara online melalui laman web dan aplikasi IQIYI bila-bila masa sahaja.

Drama terbaru bagi Slot Akasia TV3 ini mengantikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang mendapat tontonan dan fenomena daripada rakyat Malaysia sebelum ini. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada sebuah novel bertajuk 1001 Malam karya daripada Sophiliea.

Jadi drama yang dibintanti oleh Nazim Othman, Amelia Henderson, Afifah Nasir dan Fizo Omar ini bakal menemui penonton di TV3 bermula 18 Ogos dan boleh tonton secara online di aplikasi IQIYI beberapa minit selepas ditayangkan di TV. Ianya diarahkan oleh Eoon Shuhaini

Barisan Pelakon

Barisan pelakon yang membintangi drama ini antaranya ialah Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sharifah Shahora, Norish Karman dan Farisha Irwayu.

Tonton Secara Online Drama Pengantin Satu Malam Melalui Aplikasi IQIYI

Sinopsis

Kehadiran Zulaikha (Amelia Henderson) sebagai pekerja baru di cawangan Zahred (Nazim Othman) mengingatkan Zahred kepada bekas kekasihnya, Balqis.

Sejak dikecewakan cinta lampau, Zahred yang membenci kaum wanita, sering mencari kesalahan Zulaikha di tempat kerja serta melonggokkan banyak kerja kepadanya. Namun Rasul (Fizo Omar) sentiasa memihak kepada Zulaikha dan memujinya.

Suatu hari, Zulaikha yang terdesak mahu mendapatkan duit demi menyelamatkan nyawa ibunya, cuba meraih pinjaman RM100 ribu daripada Zahred. Mala Zulaikha sanggup mencagarkan rumah demi mendapatkan pinjaman daripada syarikat.

Begitupun Zahred menolak cagaran itu, sebaliknya apa yang dimahukan adalah supaya Zulaikha menjadi isteri 'satu malam kepadanya'

'A night with me... Dan seratus ribu akan jadi milik awak"

Satu malam yang mengubah segalanya

Tonton Secara Online Drama Pengantin Satu Malam Melalui Aplikasi IQIYI

Tayangan

Drama Pengantin 1 Malam ini ditayangkan di TV3 bagi slot akasia setiap isnin hingga jumaat, jam 7 malam. Anda juga boleh tonton kesemua 28 episod secara online di IQIYI sejurus selepas tayangan perdana di TV3.

Tonton Secara Online Drama Pengantin Satu Malam Melalui Aplikasi IQIYI

Tonton Pengantin Satu Malam Secara Online di IQIYI

Post a Comment

Previous Post Next Post