Tiada Lampu Brek Ketiga! Anda Boleh Disaman Sehingga RM2000 Atau Penjara Tidak Lebih Daripada 6 Bulan

Tiada Lampu Brek Ketiga! Anda Boleh Disaman Sehingga RM2000 Atau Penjara Tidak Lebih Daripada 6 Bulan

Anda perlu tahu, apabila kereta anda tiada lampu brek ketiga atau lampu brek tersebut tidak berfungsi, anda boleh disaman sehingga RM2000 atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan atas kesalahan tersebut.

Kesalahan ini walaupun tidak berbahaya kepada pemilik kereta itu, tetapi ianya membahayakan pengguna lain. Dengan keadaan ini, pemilik kenderaan ambil mudah dan tidak menghiraukan kepada keadaan sekeliling yang mungkin membahayakan pengguna jalan raya di belakang.

Tiada Lampu Brek Ketiga! Anda Boleh Disaman Sehingga RM2000 Atau Penjara Tidak Lebih Daripada 6 Bulan

Keadaan ini juga berisiko boleh mendatangkan bahaya dan peluang dilanggar dari belakang lebih tinggi terutamanya pada waktu malam. Jadi pemasangan lampu brek ketiga terutamanya yang dipasang pada bahagian belakang kenderaan sangat penting. Tapi jika sudah ada, pastikan ketiga-tiga lampu brek berfungsi dengan baik.

Tiada Lampu Brek Ketiga Boleh Disaman Sehingga RM2000

Oleh itu, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalaman am dan penalti.

Tiada Lampu Brek Ketiga! Anda Boleh Disaman Sehingga RM2000 Atau Penjara Tidak Lebih Daripada 6 Bulan

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM2000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, boleh di denda sehingga RM4000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi kepada pemilik kenderaan, sila cek lampu brek ketiga anda sekarang! Pastikan ianya berfungsi bagi mengelakkan anda di saman dan pastinya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain daripada belakang.


sumber : Polis Diraja Malaysia
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended