Filem Mulan Akan Ditayangkan Pada September Ini Melalui Panggung Wayang Dan Disney+ Serentak

Mulan Akan Ditayangkan Pada September Ini Melalui Panggung Wayang Dan Disney+ Serentak

Berita baik untuk peminat Mulan dimana, pihak Disney telah mengumumkan dimana tayangan filem tersebut akan dibuat pada September ini melalui 2 saluran iaitu panggung wayang dan juga melalui striming Disney+.

Tahun 2020 kita sedia maklum, banyak filem terjejas dan menangguhkan tayangan disebabkan pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia. Filem dah siap, tapi tak boleh tayang, sebab panggung wayang tutup termasuklah di Malaysia. Tapi sekarang dah mula beroperasi perlahan-perlahan seperti biasa.

Disebabkan itulah, banyak filem terpaksa tunda tayangan termasuklah filem Mulan. Ianya sepatutnya ditayang pada bulan April yang lepas, tetapi Disney dah umumkan dimana Mulan akan dapat tarikh baru tayangan iaitu pada 4 September 2020.

Filem Mulan Ditayangkan Disney+ dan Panggung Wayang

Mulan Akan Ditayangkan Pada September Ini Melalui Panggung Wayang Dan Disney+ Serentak

Sedikit berlainan kali ini, Disney memberitahu, filem Mulan ini bukan sahaja boleh ditonton di panggung wayang pada hari tersebut tetapi boleh strim di Disney+ dalam tarikh yang sama.

Untuk pengguna Disney+ seperti di negara US, Canada, Australia dan New Zealand yang mempunyai akses, anda boleh tonton filem Mulan ini dengan harga $29.99 (~RM126). Walaupun anda telah subscribe secara bulanan atau tahunan Disney+ tersebut, tapi untuk tonton Mulan, anda kena juga buat bayaran tambahan.

Tapi untunglah, anda boleh tonton di rumah dan bersama-sama keluarga yang lain juga. Dengan bayaran tersebut, pastinya berbaloi untuk menjadi penonton yang terawal. 

Tapi macam mana pula bagi mereka yang tidak dapat akses Disney+ ini seperti di Malaysia?

Mulan Akan Ditayangkan Pada September Ini Melalui Panggung Wayang Dan Disney+ Serentak

Jangan risau, seperti yang dilaporkan oleh thefilmaddict, walaupun anda tidak mempunyai akses Disney+, anda boleh tonton di panggung wayang di negara anda sendiri yang ditayangkan pada 4 September 2020 juga jika berada di US.

Setakat ini, pihak GSC, TGV atau MBO tidak umumkan lagi tarikh rasmi bila filem Mulan akan mula ditayangkan di Malaysia. Kebiasaanya, kita akan dapat tonton filem sehari lebih awal daripada US dan mungkin pada 3 September 2020 iaitu pada hari Khamis.

Keputusan dibuat oleh Disney ini dibuat bagi mengaut lebih keuntungan bagi menampung sedikit kerugian disebabkan penundaan tayangan Mulan yang berlaku sebelum ini. Tapi mungkin terkesan dengan cetak rompak kelak. Harap tidaklah berlaku berleluasa.


Jadi kalau Disney+ dah ada di Malaysia, korang nak tengok di panggung wayang ke atau di TV di rumah anda, lepak-lepak, baring bersama keluarga tengok Mulan? Kongsikan di bahagian ruang komen dibawah


sumber : thefilmaddic

Post a Comment

Previous Post Next Post