Letupan Besar Di Beirut Berpunca Daripada Ammonium Nitrate. Apa Kandungannya?

Letupan Besar Di Beirut Berpunca Daripada Ammonium Nitrat. Apa Kandungannya?

Pada 5 Ogos yang lepas, telah berlaku letupan yang besar dan ada mengatakan seolah bom atom di Hiroshima suatu masa dahulu yang berpunca daripada Ammonium Nitrat? Betul ke? Apa kandungannya sehingga menyebabkan letupan begitu besar?

Dunia terkejut dengan video yang tersebar di seluruh internet apabila berlaku sebuah letupan yang sangat besar berlaku di sebuah daerah di Lebanon iaitu di Beirut. Letupan besar itu berlaku selepas letupan kecil berlaku beberapa saat sebelum kejadian tersebut.

Di fahamkan, pada permulaanya telah berlaku kebakaran dan letupan kecil disebuah gudang atau kilang bunga api. Dalam masa tersebut, telah berlaku asap tebal yang boleh dilihat berkilo-kilo meter jaraknya.

Letupan Besar Di Beirut Berpunca Daripada Ammonium Nitrat. Apa Kandungannya?

Letupan Besar Di Beirut Berpunca Daripada Ammonium Nitrat. Apa Kandungannya?

Sehingga kini, dilaporkan kejadian tersebut telah mengorbankan lebih 100 mangsa dan mencederakan ribuan yang lain. Disamping melawan pandemik COVID-19, rakyat Lebanon kini terpaksa menempuh satu lagi ujian iaitu kesan daripada letupan besar ini.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab telah menyatakan, kejadian letupan itu berpunca daripada 2000 tan Ammonium Nitrate yang disimpan di gudang yang berdekatan dengan kilang bunga api tersebut. Kesan letupan tersebut sepertinya membentuk awan mushroom yang telah memberi impak kepada kawasan sekeliling.

Jadi apa itu ammonium nitrate yang boleh menyebabkan letupan besar sedemikian?

Ammonium Nitrate punca letupan besar di Beirut, Lubnan

Ikuti perkongsian daripada Public Health Malaysia berkenaan ammonium nitrate dan bagaimana ianya mampu untuk hasilkan letupan yang besar seperti di Lubnan.

Apa itu Ammonium Nitrate?

Ammonium nitrat atau formulanya NH₄NO₃, dihasilkan dalam bentuk butir adalah baja paling banyak digunakan dunia. Ianya juga bahan utama di dalam proses letupan untuk menggali mineral yang mana bahan ini dicampur dengan minyak dan dihidupkan dengan cas letupan.

Untuk industri ammonium nitrat menjadi satu letupan yang bahaya, ianya perlu melalui proses yang panjang dan banyak masalah perlu berlaku. Dan ini berlaku di Beirut.

Apa Punca Letupan Itu?

Ammonium nitrat tidak akan terbakar dengan sendiri. Malah, ianya lebih adalah sumber oksigen yang akan mempercepatkan proses pembakaran bahan lain. Sebab itu, ianya sangat berfungsi di dalam perlombongan di mana kawasan yang kurang oksigen, dengan adanya Ammonium nitrate akan menghasilkan oksigen untuk proses pembakaran minyak dan bahan bakar lain.

Namun di suhu yang sangat tinggi, ammonium nitrat akan terurai dan menjadi nitrogen oksida dan wap air. Dan Gas inilah yang akan menyebabkan letupan.

Jadi kalau ada api marak berdekatan dengan bahan ini, ianya boleh menyebabkan letupan seperti yang juga berlaku di Tianjin China pada tahun 2015 yang telah mengorbankan 175 orang di sebuah kilang Ammonium nitrat.

Walaupun kita tidak tahu punca sebenar di Beirut, tetapi kita dapat lihat melalui video, letupan itu berlaku setelah beberapa ketika kebakaran berlaku. Memang sukar sebenarnya Ammonium nitrat meletup disebabkan kebakaran. Kebakaran perlu berlaku dan kekal lama di tempat Ammonium nitrat disimpan.

Malah ianya tidak akan meletup dengan sendiri tanpa minyak melainkan ianya telah ada pencemaran silang akibat daripada penyimpanan stok yang tidak betul. Ini dapat dibuktikan dengan amaran yang telah diberikan kepada pengilang 2700 Tan yang telah disimpan selama 6 tahun tanpa keselamatan yang baik.

Kesan kepada kesihatan?

Letupan ammonium nitrat akan menghasilkan nitrogen dioksida, gas berwarna merah dan baunya sangat busuk. Gas ini selalunya berada di persekitaran yang tercemar dan selalu digunakan sebagai aras kualiti udara sesuatu kawasan/bandar.

Ianya dikhuatiri boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti masalah paru-paru. Keadaan ini mungkin akan ada di sana selama beberapa hari. Keadaan di Beirut mengajar kita untuk menyimpan baja dalam keadaan yang betul. Mari kita doakan semoga Beirut kembali pulih daripada musibah yang telah melanda.


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended