Mungkin Ini Hint, Yang Mana Disney+ Akan Sampai Ke Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

Disney+ Akan Sampai Ke Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

Nampaknya Disney+ mungkin akan sampai ke pasaran Asia Tenggara disebabkan kini mereka sibuk tengah mencari pekerja di bawah syarikat Disney bagi tujuan striming tersebut yang bertapak di Singapura.

Jadi kepada yang ingin memohon pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak Disney+, anda boleh memohon di pautan jobs.disneycareer terutamanya bagi rakyat Singapura. Antara jawatan yang ditawarkan adalah :
  • Disney+, Manager - Subscription Management
  • Disney+, Manager - Partner Engagement (SEA)
  • Disney+, Creative Producer (SEA)
  • Disney+, Senior Manager/ Manager - PR & Communications (SEA)
  • Disney+, Senior Manager - Creative Communications (SEA)
  • Disney+, Senior Manager/Manager - Social Media (SEA)
  • Disney+, Director/ Senior Manager - Brand Marketing & Partnerships (SEA)
  • Disney+, Graphics Designer (SEA)

Dengan ini, pastinya pihak Disney berhajat untuk membuka sebuah lagi kawasan bagi capaian pengstriman Disney+ yang kini belum memasuki pasaran Asia Pasifik pun. Mungkin Malaysia juga akan menerima akses ini tidak lama lagi.

Setakat ini, hanya negara-negara ini yang telah mendapat akses Disney+ :
  • Netherlands
  • U.S.
  • Canada
  • Australia
  • New Zealand
  • United Kingdom
  • Ireland
  • Germany
  • Austria
  • Italy
  • Spain
  • Switzerland

Disney+ Akan Dilancarkan Di Asia Tidak Lama Lagi

Disney+ Akan Sampai Ke Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

Seperti yang dilaporkan oleh Android Central, negara-negara Asia dan sekitarnya mungkin menerima akses Disney+ pertengahan 2020 hingga 2021 kelak. Tetapi disebabkan pandemik COVID-19 yang berlaku sekitar Asia, tidak mustahil pelancaran ini akan sedikit lewat daripada jadual yang ditetapkan.

Setakat ini, di Malaysia sudah menerima banyak akses platform strim seperti Netflix, iFlix, HBO Max, Viu dan beberapa lagi. Dengan kehadiran Disney+ ini pastinya akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Selain itu, kandungannya pasti berbeza dengan platform strim yang lain.


Disney banyak Marvel kan. Mesti banyak dapat series dan filem Marvel la lepas ni kan. Rakyat Malaysia tak sabar dah ni.


sumber : sea.mashable

Post a Comment

Previous Post Next Post