Senarai 5 Jam Pintar (Smartwatch) Terbaik Bawah RM500 Bagi Tahun 2021

Senarai 5 Jam Pintar (Smartwatch) Terbaik Bawah RM500

Jika anda sedang mencari jam pintar atau smartwatch dengan harga yang berpatutan sesuai dengan bajet anda. Anda boleh dapatkan senarai 5 jam pintar terbaik disini untuk tahun 2021.

Smartwatch semakin lama semakin mendapat tempat di hari pengguna barangan teknologi. Jika sekarang, hampir semua orang memilik smartphone dan tidak lama lagi mungkin smartwatch juga akan menjadi peranti yang ada pada semua pengguna.

Sekarang mungkin penerimaannya masih kurang disebabkan tahap penggunaan yang masih belum menyeluruh dan harganya masih mahal dan kebanyakan lebih daripada RM1000. Takkan sebuah jam dengan harga tersebut kan.

BACASenarai Telefon Harga Bawah RM500 Bagi Tahun 2020

Sebenarnya harga itu berpadanan dengan fungsi yang diperkenalkan. Jika ianya digelar 'jam pintar' pastinya ciri-ciri pintar itu ada padanya. Kalau setakat boleh kira steps, terima notifikasi, itu bukan smartwatch, itu adalah fitness tracker. Ya! itu murah pun boleh dapat.

Smartwatch ni mesti mempunyai ciri pintar hampir sama seperti smartphone tetapi dalam saiz yang kecil iaitu sebuah jam. Ada fungsi wifi, boleh sambungkan dengan internet, boleh hantar mesej dan pelbagai lagi. Itu baru jam pintar!

Dengan ciri ini sebenarnya ada sahaja pilihan jam pintar yang anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah. Untuk memudahkan urusan, di sini disertakan senarai 5 jam pintar (smartwatch) terbaik bawah RM600 bagi tahun 2021

1.  Zeblaze Thor 4

Zeblaze Thor 4

Zeblaze Thor 4 menawarkan pelbagai pilihan siri jam pintar seperti Dual, Pro, Plus dan Siri 4 itu sendiri. Kebanyakan harga semua bawah RM500. Dengan harga yang baik ini, terdapat banyak fungsi yang disediakan yang sepatutnya sebuah smartwatch ada. Nak call, nak pasang wifi, 4G, download aplikasi, GPS, fitness pun ada. Paling best, dalam banyak senarai ini, hanya Zeblaza Thor 4 yang sediakan fungsi kamera sehingga 5MP tau.

Sistem Operasi : Android 7 | Google Play : Ada | Saiz Skrin : 1.4" | ROM : 16GB | RAM : 1GB | Camera : 5MP | Network : 4G | WiFi : Ada | Berat : 66g


2.  Tickwatch E2

Tickwatch E2

Mobvoi Tickwatch E2 juga menyediakan ciri-ciri jam pintar yang anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM500 (refurbished). Operatin Sistem yang digunakan adalah Wear OS by Google pastinya memberikan pengalaman peranti Android di dalam sebuah skrin yang kecil. Kelebihan pada jam pintar ini adalah ianya kalis air sehingga 5ATM, jadi boleh la bawah berenang. Tali jam atau strap pun boleh ditukar mengikut cita rasa pengguna. 

Sistem Operasi : Wear OS by Google | Saiz Skrin : 1.4" | ROM : 4GB | RAM : 0.5GB | Kamera : Tiada | Network : Tiada | WiFi : Ada | Berat : - | Bateri : 415 mAh *2 Hari

3.  Diliberto 3G

Diliberto 3G

Jika anda inginkan sebuah jam pintar berbentuk petak, boleh dapatkan Diliberto 3G. Ianya menyediakan skrin yang sedikit besar berbanding pesain lain yang berbentuk petak. Diliberto 3G ada juga sambungan WiFi dan network 3G. Jadi boleh la buat sambungan panggilan kepada orang lain. Terdapat juga beberapa aplikasi yang boleh digunakan sama seperti jam pintar. Juga disediakan aplikasi khas untuk smartphone iaitu WiiWatch 

Sistem Operasi : Android | Google Play : Ada | Saiz Skrin : 1.39" | ROM : 16GB | RAM : 1GB | Kamera : Ada | Network : 3G | WiFi : Ada | Berat : 77.8g  | Bateri : 1200 mAh

Dapatkan Di Sini : Shopee - RM337/Icon/button  Lazada/Icon/button/#367DC4 alert-success

4.  Kingwear Smartwatch KW18

Kingwear Smartwatch KW18

Smartwatch KW18 ini sedikit berbeza dengan yang lain kerana ianya menggunakan Proprietary OS tetapi masih compatible dengan pengguna Android dan iOS. Walaupun ianya hanya menyediakan memory ROM sehingga 64MB tetapi anda boleh tamba slot Kad SD sehingga 16GB. Masih dengan fungsi yang sama seperti senarai yang lain iaitu menyediakan speaker dan microfon.

Sistem Operasi : Proprietary OS | Saiz Skrin : 1.3" | ROM : 64MB | RAM : 128MB | Camera : Tidak | Network : 2G | WiFi : Ada | Berat : 68g  | Bateri : 340 mAh


5.  Fossil Sport

Fossil Sport

Antara senarai yang menawarkan smartwatch dengan jenama terkenal iaitu daripada Fossil. Memperkenalkan Fossil Sport. Peranti yang menggunakan Wear OS by Google pastinya akan memberikan kepuasan yang maksima kepada pengguna. Selain daripada bentuk yang cantik bila dipakai, ianya juga menyediakan sehingga 5 pilihan warna (merah, pink, biru, kelabu, hijau). Boleh guna google assistant sekali dan banyak aplikasi yang boleh dimuat turun sehingga 4GB ROM. Berbaloi juga ni, tapi lebih sikit la daripada tanda harga RM500 tu.

Sistem Operasi : Wear OS by Google  | Saiz Skrin : 1.19" | ROM : 4GB | RAM : 512MB | Camera :  Tiada | Network : Tiada | WiFi : Ada | Berat : 40g | Bateri : 350 mAh

Pilihan Lain Smartwatch Terbaik Untuk Bawah RM600

Fossil Explorist Gen 4 - Shopee | Lazada
Kospet Optimus Pro - Shopee | Lazada
Skagen Falster 2 - Shopee | Lazada

Post a Comment

Previous Post Next Post