Senarai Tarikh Bagi Pembayaran BSH, BPN, BKSS Bagi Kawasan Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Tarikh Bagi Pembayaran BSH, BPN, BKSS Bagi Kawasan Pedalaman Sarawak

Kepada penerima kawasan pedalaman Sarawak khususnya, Kerajaan telah mengeluarkan tarikh pembayaran bagi BSH, BPN dan BKSS untuk pengguna yang tiada akaun bank.

Sebelum ini, Menteri Kewangan umumkan dimana Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi Fasa 3 akan dibuat sebelum akhir bulan Julai bagi pengguna yang mempunyai akaun bank bagi seluruh Malaysia kecuali pedalaman Sarawak.

Hari ni, senarai tarikh dikeluarkan untuk pembayaran secara tunai Fasa 2 & 3 Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi kawasan Pedalaman Sarawak (Tiada akaun bank).

Tarikh Pembayaran Bagi BSH, BPN dan BKSS Bagi Kawasan Pedalaman Sarawak

Berikut adalah tarikh pembayaran daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak mengikut Zon iaitu Zon I, Zon II dan Zon III

Zon I (Limbang, Miri dan Bintulu)

  • BSN Cawangan Marudi - 3 Julai 2020 (Jumaat)
  • Dewan Masyarakat Beluru - 4 hingga 6 Julai 2020 (Sabtu-Isnin)
  • BSN Cawangan Limbang - 8 Julai 2020 (Rabu)
  • BSN Cawangan Lawas - 9 Julai 2020 (Khamis
  • Dewan Masyarakat Long Lama - 11 Julai 2020 (Sabtu)
  • Balai Raya Sebauh - 13 Julai 2020 (Isnin)
  • Dewan Masyarakat Sungai Asap 15 dan 16 Julai 2020 (Rabu & Khamis)
  • Dewan Sukan Tatau - 18 dan 19 Julai 2020 (Sabtu & Ahad)
  • Ruang Legara, Dewan Suarah Bintulu - 21 hingga 25 Julai 2020 (Sabtu-Sabtu)

Zon II (Tengah) - Sarikei, Sibu dan Mukah

  • Dewan Suarah Mukah - 3 dan 4 Julai 2020 (Jumaat & Sabtu)
  • Stadium Perpaduan Dalat - 6 Julai 2020 (Isnin)
  • Dewan Tapak Pesta Daro - 8 Julai 2020 (Rabu)
  • Dewan Suarah Matu - 9 Julai 2020 (Khamis)
  • Dewan Suarah Kanowit - 11 Julai 2020 (Sabtu)
  • Dewan Suarah Kapit - 13 dan 14 Julai 2020 (Isnin & Selasa)
  • Balai Raya Song - 15 Julai 2020 (Rabu)
  • Dewan Suarah Sibu - 16 hingga 23 Julai 2020 (Khamis - Khamis)
  • Dewan Masyarakat Julau - 24 Julai 2020 (Jumaat)
  • Dewan Masyarakat Pakan - 25 dan 26 Julai 2020 (Sabtu & Ahad)

Zon III (Selatan) - Sri Aman, Betong, Samarahan dan Serian

  • Dewan Masyarakat Lingga - 1 Julai 2020 (Rabu)
  • Kompleks Sukan Sri Aman - 2 dan 3 Julai 2020 (Khamis & Jumaat)
  • Dewan Masyarakat Engkelili - 5 Julai 2020 (Ahad)
  • Dewan Kompleks Lubok Antu - 7 Julai 2020 (Selasa)
  • Dewan Rentap Betong - 9 dan 10 Julai 2020 (Khamis & Jumaat)
  • Dewan Rahmaniah, Pusa - 12 Julai 2020 (Ahad)
  • Dewan Masyarakat Saratok - 14 Julai 2020 (Selasa)
  • Dewan Serbaguna Balai Polis Kabong - 16 Julai 2020 (Khamis)
  • Dewan Masyarakat Sebuyau - 18 Julai 2020 (Sabtu)
  • Dewan Mesra Simunjan - 20 dan 21 Julai 2020 (Isnin & Selasa)
  • Dewan Masyarakat Serian - 24 hingga 30 Julai 2020 (Jumaat - Khamis)

Proses Pembayaran Dilakukan

Para penerima/ waris berdaftar diwajibkan membawa kad pengenalan/ MyKad/ MyKid/ Surat Beranak bagi tujuan penunaian di lokasi seperti disebutkan.

Masa penunaian adalah seperti berikut:

a) Sesi 1: 8.30 pagi hingga 11.30 pagi (dikhaskan untuk penerima warga emas iaitu 60 tahun dan ke atas)

b) Sesi 2: 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari (penerima biasa iaitu 59 tahun ke bawah)

c) Sesi 3: 1.30 tengahari hingga 4.30 petang (penerima biasa iaitu 59 tahun ke bawah)

Patuhi SOP Yang Ditetapkan

Bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) pencegahan penularan COVID-19 yang berkuatkuasa, para penerima/ waris berdaftar diwajibkan untuk mematuhi perkara berikut:
  • Hadir pada tarikh, sesi dan masa yang telah ditetapkan (seperti tertera pada surat jemputan yang dihantar ke alamat penerima) bagi mengelakkan kesesakan
  • Memakai penutup hidung dan mulut (face mask) pada setiap masa ketika berada di tempat bayaran
  • Sentiasa menjaga penjarakan sosial (sosial ditancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter
  • Penerima/ waris berdaftar yang bergejala seperti deman, batuk, dan selsema tidak dibenarkan datang ke lokasi bayaran
  • Elakkan bersalaman, bersentuhan dan berbual dengan orang lain
  • Dilarang berkumpul
  • Kanak-kanan berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan berada di lokasi/ tempat bayaran

Sekiranya penerima/ waris berdaftar tidak dapat hadir ke lokasi bayaran pada tarikh yang ditetapkan, penunaian masih boleh dibuat di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran sebelum 31 Disember 2020

BSH & BPN (Bantuan daripada Kerajaan Persekutuan):

Semakan status :

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my

BKSS (Bantuan daripada Kerajaan Negeri Sarawak): Sebarang pertanyaan lanjut tentang BKSS, sila hubungi di talian 082-555-999 atau e-mel kepada 555999@sarawak.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post