Sebagai Tanda Terima Kasih, TGV Cinemas Hadiahkan Tiket Wayang Percuma Kepada Frontliners

tiket wayang percuma untuk frontliners daripada tgv cinemas

TVG Cinemas akan memberi tiket percuma kepada frontliners sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana bertungkus lumus dalam menangani pandemik COVID-19 sejak Mac yang lepas.

TGV Cinemas telah kembali beroperasi seperti biasa tetapi mengikut SOP yang ditetapkan bermula 1 Jula 2020 lepas. Mereka telah berhenti beroperasi sejak Perintah Kawasalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan bermula 18 Mac yang lepas.

Sejak daripada itulah, petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat berada di barisan hadapan bagi merawat pesakit yang dijangkiti yang pastinya risiko pendedahan kepada virus itu sangat tinggi. Demi negara, demi pekerjaan yang mulia, mereka terus bekerja dan merawat pesakit sehingga siang dan malam.

Dengan pengorbanan inilah, TGV Cinemas ingin menunjukkan rasa berterima kasih dengan ingin memberi tontonan filem secara percuma kepada mereka. Dengan itu, mereka boleh berehat di dalam panggung wayang sambil menonton filem yang mereka mahu secara percuma.

Tayangan Percuma Untuk Frontliners Daripada TGV Cinemas

Sebagai tanda ucapan terima kasih, TGV Cinemas akan memberikan tiket wayang secara percuma kepada frontliners iaitu bermula 9 hingga 15 Julai 2020. Ketahui syarat dan cara untuk anda tebus tiket percuma ini.

Promosi ini khas kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, pegawai askar dan pegawai polis. Setiap daripada mereka, hanya boleh tebus tiket sahaja iaitu untuk Classic Hall sahaja.


Anda boleh tebus tiket hanya di panggung wayang terpilih iaitu seperti dibawah:
  • Dpulz
  • Permaisuri Imperial City Mall Miri
  • Setiawalk
  • Sunway Putra
  • Sunway Pyramid
  • Sunway Velocity
  • Vivacity Megamall
  • Wangsa Walk

 Cara Untuk Tebus

  1. Sila bawa Kad ID anda di kaunter tiket untuk proses penebusan
  2. Staf TGV Cinemas akan dapatkan butiran anda
  3. Kemudian baru pilih seat dan filem anda mahu

Jadi jika anda frontliners, jangan lepaskan peluang ini jika anda free dan berkesempatan pada hari tersebut. Atau jika anda tahu mana-mana frontliners, boleh kongsikan kepada mereka juga. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke pautan www.tgv.com.my/promotions/tgv-frontliners-appreciation-giveaway

Post a Comment

Previous Post Next Post