Jangan Risau, RM50 E-wallet Anda Akan Dikreditkan Pada Hujung Bulan Julai ini

RM50 E-wallet Anda Akan Dikreditkan Pada Hujung Bulan Julai ini

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, bantuan RM50 daripda e-PENJANA akan dikreditkan dalam e-wallet anda pada hujung bulan Julai ini.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tekun Nasional.

"Kita akan kreditkan dalam bulan ini... hujung bulan,"

Sebelum ini, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif daripada program Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) bagi meningkatkan semula ekonomi negara dan rakyat selepas lebih 3 bulan berada di dalam Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah PKPP ini.

RM50 Akan Dikreditkan Pada Hujung Bulan

Selain daripada penerimaan RM50 tersebut, beliau juga memberitahu segala butiran termasuk mekanisme pengkreditan ke e-wallet pengguna akan diumumkan nanti. Inisiatif ini dijangka akan diterima kira-kira lebih 15 juta rakyat sebagai penggalakan pembayaran tanpa sentuh

Sebelum itu, antara syarat yang perlu anda patuhi bagi menerima RM50 ini, anda terlebih dahulu perlu muat-turun aplikasi MySejahtera dan kemaskini segala butiran di dalamnya seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon.

RM50 E-wallet Anda Akan Dikreditkan Pada Hujung Bulan Julai ini

Jika anda belum lagi download aplikasi tersebut, anda boleh berbuat demikian melalui platform Android, iOS dan AppGallery.

Jadi kepada anda yang masih tertanya-tanya bilakah anda akan menerima bayaran RM50 ini, anda perlu tunggu hujung bulan Julai ini. Jika tiada aral melingtang, mungkin kita semua akan menerima pembayaran ini.


sumber : berita harian

Post a Comment

Previous Post Next Post