Liga Malaysia Bersambung 26 Ogos, Piala FA Dan Challenge Cup Dibatalkan

Liga Malaysia Bersambung 26 Ogos, Piala FA Dan Challenge Cup Dibatalkan

Hari ini, badan pengurusan liga tempatan, Malaysia Football League (MFL) mengumumkan Liga Malaysia akan bersambung pada 26 Ogos 2020 yang telah tertangguh sejak 16 Mac yang lepas disebabkan pandemik COVID-19.

Tarikh yang dikeluarkan ini adalah yang terbaik bagi kesemua pasukan selepas sesi latihan Fasa 2 yang telah dibenarkan oleh pihak Kerajaan bermula 15 Julai yang lalu seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato' Ab Ghani Hassan.

Sebagai contoh, CIMB Liga Super hanya sempat berlangsung untuk 4 perlawanan sahaja dengan JDT berada di takta liga dengan keputusan 3 kemenangan dan 1 seri. Seterusnya diikuti dengan Perak di tempat ke-2 dan Pahang di tempat ke-3. Selepas itu barulah, liga dihentikan ekorang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Keputusan Untuk Sambung Liga Malaysia Melibatkan CIMB Liga Super, Liga Premier

Liga Malaysia Bersambung 26 Ogos, Piala FA Dan Challenge Cup Dibatalkan

Format pertandingan bagi 2 liga tempatan iaitu CIMB Liga Super, Liga Premier adalah kekas secara separuh liga iaitu bermula daripada perlawanan kelima hingga perlawanan ke-11 sahaja dengan semua perlawanan mengikut jadual asal seperti sebelum ini.

Jadi bermula 26 Ogos 2020 akan diadakan perlawanan kelima bagi kesemua pasukan kecuali PJ City FC dan Terengganu FC yang tertunda sebelum ini. Kedua pasukan tersebut akan bertemu lebih awal iaitu pada 22 Ogos 2020. Pada tarikh yang sama juga akan dilangsungkan perlawanan Liga Premier UKM FC bertemu Kelantan.

Tiada Piala FA dan Challenge Cup, Hanya Piala Malaysia

Untuk TM Piala Malaysia, perlawanan akan berlangsung pada 1-18 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 7 November 2020. Dukacita dimaklumkan, Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan. Tiada Piala FA tahun ni.

Jadi satu-satunya piala rebutan selain piala liga iaitu Piala Malaysia, formatnya akan dirombak dimana tiada saingan peringkat kumpulan. Oleh itu, kesemua 16 pasukan akan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.

Jadi untuk untuk 16 peserta tersebut, masih dikekalkan formatnya iaitu 11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan 5 pasukan terbaik Liga Premier. Kemudian barulah akan diundi untuk menentukan perlawanan awal dan juga pasukan tuan rumah.

Bagi mengikut SOP yang disarankan oleh pihak MKN dan KKM, kesemua pasukan tidak dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan bermula 15 hingga 28 Julai 2020. Mereka hanya dibenarkan mengadakan friendly match selepas 2 Ogos 2020 sahaja. Kalau nak buat friendly juga, hanya dibenarkan antara liga super dan liga premier sahaja.

Seperti di liga-liga utama antarabangsa lain, perlawanan yang dimainkan di stadium adalah tidak dibenarkan kehadiran penonton. Hanya pegawa dan pemain pasukan yang berdaftar dan telah menjalani swab test sahaja dibenar berada di stadium.

Jadi dengan itu, adalah bolah sepak sudah kembali! Ia sudan tentu!!


Untuk kenyataan penuh, anda boleh dapatkan facebook rasmi Malaysia Football League.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended