Jom Tulis Jawi Sempena Hari Jawi Pada Setiap Jumaat

Jom Tulis Jawi Sempena Hari Jawi Pada Setiap Jumaat

Bermula 10 Julai, hari Jumaat telah diisytiharkan sebagai Hari Jawi sempena bagi memeriahkan budaya dan tradisi tulisan jawi yang telah lama berada di Malaysia.

Pengisytiharan ini diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pada jumaat lain iaitu pada 10 Julai 2020. Dalam kenyataan yang dibuat, usulan bagi mengadakan Hari Jawi selepas menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai yang lepas dan telah mendapat persetujuan dan sokongan daripada semua menteri.

Hari Jawi Setiap Jumaat

Tulisan Jawi turut diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67;

"Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan"

Bagi memartabatkan tulisan jawi, bermula 10 Julai 2020 pada setiap Jumaat, kepala surat rasmi (letterhead) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut akan menggunakan tulisan jawi bagi urusan jawi.

Selain itu, penggunaan tulisan jawi di media sosial juga diperluas kepada setiap media sosial rasmi agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).



Selain daripada itu, Menteri Agama juga menyeru orang ramai, supaya menulis apa-apa di media sosial sama ada di Facebook mahupun Twitter bagi menggunakan tulisan jawi. 

Post a Comment

Previous Post Next Post