Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Diperkenalkan Daripada Kerajaan

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Melalui perutusan khas dariapda YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, Kerajaan telah mengumumkan 40 inisiatif baru bagi menjana ekonomi semula melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilah RM35 bilion.

Langkah ini bagi menaikkan semula ekonomi ekoran langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lepas.

Antara inisiatif daripada PENJANA

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Dibawah PENJANA Kerajaan telah mengenalpasti 3 teras utama :
  • Memperkasakan Rakyat
  • Melonjakan Perniagaan
  • Merangsang Ekonomi

Memperkasakan Rakyat

1.   Program subsidi upah akan dilanjutkan selama 3 bulan lagi dengan subsidi RM600 bagi setiap pekerja untuk semua majikan layak.

2.   Bagi pekerja sektor pelancongan dan perniagaan aktiviti dalam senarai terlarang serta bercuti tanpa gaji, majika mereka boleh memohon subsidi upah.

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

3.   Menambahbaik Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara di bawah PERKESO serta meningkatkan dengan agensi pekerjaan swasta bagi padanan pekerjaan.

4.   Insentif dari RM600 hingga RM1000 sebulan selama 6 bulan kepada majikan yang memberi pekerjaan kepada penganggur dan pelatih industri

5.   Peruntukan RM2 bilion untuk program peningkatan kemahiran tenaga kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran penganggur.

6.   Membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan perlindungan sosial kepada lebih 30,000 pekerja ekonomi gig melalui geran padanan bagi caruman KWSP dan PERKESO serta bimbingan di bawah Program GLOW

7.   Pengecualian cukai sehingga RM5000 bagi pekerja yang telah menerima peralatan ICT daripada majikan untuk bekerja dari rumah.

8.   Pelepasan khas cukai sehingga RM2500 untuk pembelian peralatan ICT persendirian

9.   Bantuan kewangan dan pelepasan cukai kepada ibu bapa bekerja bagi perbelanjaan berkaitan perkhidmatan penjagaan anak.

10.   Geran sehingga RM5000 bagi pengendalian taska yang berdaftar di bawah KPWKM

11.   Memperkenalkan MY30 - Pas perjalanan bulanan tanpa had bernilai RM30 sebulan bagi mengurangkan kos pengangkutan harian rakyat selama 6 bulan

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

12.   Bayaran tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada ibu tunggal, OKU dan sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah dan geran kepada NGO terpilih.

13.   Peruntukan RM50 juta untuk Skim Kesihatan PEKA B40 bagi menampung perbelanjaan pembiayaan saringan kesihatan.

14.   Internet percuma sehingga 1GB dari 8 pagi hingga 6 petang bagi tujuan pendidikan, berita dan persidangan video serta akses percuma tanpa had untuk laman web dan aplikasi COVID-19 seliaan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web penjana.treasury.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post