Melaka Wonderland Hadiahkan Tiket Percuma Kepada 'Frontliners'

Melaka Wonderland Hadiahkan Tiket Percuma Kepada 'Frontliners'

Taman Tema Air Melaka Wonderland Theme Park and Resort menghadiahkan tiket masuk percuma kepada frontliners iaitu petugas barisan hadapan bagi menghargai jasa mereka dalam membendung pandemik COVID-19 selama ini.

Petugas barisan hadapan sebelum ini bertungkus lumus bermula Februari lagi bagi memerangi pandemik yang telah melanda Malaysia. Ada antara mereka yang tidak pulang ke kampung sejak daripada penularan berlaku lagi. Pastinya besar jasa mereka tersebut.

Jika di Melaka, antara tarikan menarik yang ada di sana selain daripada destinasi peninggalan sejarah adalah taman tema air iaitu seperti Melaka Wonderland Theme Park. Jadi disini, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga tersayang sambil bermain air dan juga disediakan penginapan untuk bermalam.

Tiket Masuk Percuma Untuk Frontliners Di Melaka Wonderland

Melaka Wonderland Hadiahkan Tiket Percuma Kepada 'Frontliners'

Melaka Wonderland berbesar hati ingin membalas jasa petugas barisan hadapan dengan memberi tiket masuk percuma selama 3 hari iaitu bermula 17 Julai hingga 19 Julai 2020. Pas percuma ini diberikan kepada frontliners dari pelbagai pangkat termasuk petugas media.

Petugas yang ingin datang ke sini, mereka hanya perlu menunjukkan kad perakuan kakitangan jabatan masing-masing bagi menikmati tawaran percuma ini.


Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort kembali beroperasi bermula 17 Julai 2020 (jumaat) seperti waktu operasi dibawah:
  • Isnin (tutup kecuali cuti umum dan cuti sekolah)
  • Selasa hingga jumaat (11 pagi - 7 malam)
  • Sabtu, Ahad, Cuti umum & Cuti sekolah (10 pagi - 7 malam)

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Azri di talian 017-993 0217

Post a Comment

Previous Post Next Post