Tahukah Anda, Mendedahkan Laporan Polis Kepada Khalayak Adalah Suatu Kesalahan

Mendedahkan Laporan Polis Kepada Khalayak Adalah Suatu Kesalahan

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya kongsikan laporan polis atau repot polis di khalayak seperti post di media sosial adalah suatu kesalahan.

Ini seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador apabila kongsikan laporan polis kepada umum atau di media sosial kerana mereka boleh disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tambahan lagi, tindakan mendedahkan repot polis adalah suatu kesalahan kerana maklumat berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit dan terhad. Ini berkuatkuasa kepada pegawai polis dan anggota termasuk juga mangsa yang membuat laporan.

Jangan Dedahkan Report Polis Kepada Umum Atau Media Sosial

Pegawai polis dan anggota telah diberi amaran supaya tidak mendedahkan atau kongsikan repot siasatan kepada umum lagi-lagi kongsikan di media sosial.

Mendedahkan Laporan Polis Kepada Khalayak Adalah Suatu Kesalahan


Seperti yang dilaporkan melalui BHarian,

"Banyak laporan polis membabitkan pelbagai kes dikongsi di media sosial sehingga menjadi tular. Sekiranya saya dapat tahu pegawai atau anggota polis berbuat demikian, saya akan terus ambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi"

Sebagai contoh, jika mangsa membuat laporan polis berkaitan jenayah seksual yang dihadapi oleh mangsa, dan menceritakan kesemua kejadian kepada pegawai polis kemudian polis berkenaan mendedahkan cerita tersebut melalui Whatsapp dan akhirnya diketahui media dan pastinya ianya perbuatan tidak bertanggungjawab.

Menurut Ketua Polis Negara juga, jika mana-mana pegawai dan anggota polis didapati melakukan perbuatan sedemikian iaitu pendedahan report polis, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk digantung tugas.

Mendedahkan Laporan Polis Kepada Khalayak Adalah Suatu Kesalahan

Perkara ini diberitahu kerana terdapat satu laporan polis yang telah tular di media sosial dan beliau tanyakan bagaimana ianya boleh terjadi. Mereka yang bertanggungjawap mengambil laporan tersebut memberitahu mangsa sendiri yang telah dedahkan kepada umum. Sekiranya mangsa sendiri kongsikan report tersebut, ianya tetap sebagai suatu kesalahan.

Jadi jangan sebaranganlah untuk buat pendedahan perkara sulit di media sosial ni. Kita tak tahu, mungkin keburukan lebih banyaka akan menimpa mangsa kelak keh.

Post a Comment

Previous Post Next Post