Ikuti 8 Tips Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda Pengguna Air Fryer

tips air fryer yang anda perlu tahu

Pengguna baru Air Fryer pasti masih tercari-cari tips kegunaan supaya peralatan dapur ini digunakan dengan betul dan baik sekali gus dapat menghasilkan makanan yang sihat dan sedap.

Air Fryer (AF) adalah peralatan dapur kecil yang menggunakan udara panas yang mampu menghasilkan makanan yang rangup tanpa menggunakan minyak. Pastinya makanan kita menjadi lebih berkualiti dan sihat untuk tubuh kita juga.

Penggunaan Air Fryer ini semakin hari semakin mendapat tempat bagi setiap dapur di dalam Malaysia ni. Ianya seolah-olah menjadi peralatan dapur yang wajib ada sama seperti periuk nasi kan. Terdapat banyak jenis Air Fryer yang dijual diluar sana, jadi jika anda ingin dapatkan sebuah, anda boleh tengok sini senarai Air Fryer terbaik bagi tahun 2020.

Ini merupakan antara tips yang anda perlu tahu bagi bakal pengguna atau pengguna Air Fryer diluar sana bagi apa-apa jenis Air Fryer pun.

Panaskan Dahulu (Preheat) Air Fyer Anda

Anda perlu panaskan dahulu AF anda sebelum mengisi makanan di dalam bekasnya. Dengan buat cara ini, anda akan menjimatkan masa kerana makanan sudah akan masak lebih pantas.

Untuk panaskan Air Fryer anda, anda hanya perlu hidupkan atau on kan bagi 2 hingga 3 minit sebelum menggunakannya. Atau jika AF anda mempunyai fungsi preheat, gunakan sahaja fungsi tersebut.

Pilih Air Fryer Dengan Betul Mengikut Keperluan Dapur Anda

tips air fryer yang anda perlu tahu

Air Fryer di datangkan dengan pelbagai saiz dan bentuk sama ada saiz yang besar atau saiz yang kompak yang boleh diletakkan dimana-mana di dapur kita. Jika anda dapat mencari AF yang bersesuai dengan ciri-ciri yang anda mahu, pastinya penggunaanya dapat digunakan secara optimum. 

Sebagai contoh, jika anda tinggal berseorangan atau masih bujang, mungkin anda hanya perlu dapatkan saiz Air Fryer yang kompak sahaja. Jika anda mempunyai keluarga yang besar, mungkin saiz yang besar anda boleh dapatkan supaya lebih mudah untuk masak dengan kuantiti yang banyak untuk semua keluarga kan.

Dapatkan Extra Rangup Dengan Tambahkan Sedikit Minyak

Antara kelebihan menggunakan Air Fryer ni adalah mampu menghasilkan makanan yang rangup atau crispy tanpa menggunakan minyak atau kuantiti minyak yang sangat minimal. Tapi jika anda tambah sedikit minyak semasa proses masakan, ianya menjadi lebih rangup. Boleh cuba. Tapi jangan banyak-banyak tau. Tak sihat pula nanti.

Ini berhasil bagi semua jenis makanan melainkan memang makanan tersebut tidak perlukan pun minyak seperti sayur-sayur la kan. Takkan jadi rangup pula

Ingat, jika anda ingin letakkan minyak pada makanan anda (ada kata spray pada makanan), sila buat diluar daripada Air Fryer dan bukan letak didalamanya. Khuatir jika anda lakukan di dalam AF, ianya akan melekat pada dinding AF anda, susah pula nak cuci nanti.

Goncang Bekas Air Fyer Anda Semasa Proses Gorengan

tips air fryer yang anda perlu tahu

Goncang makanan anda akan membantu makanan anda lebih rangup apabila berada di dalam Air Fyer. Anda lakukan goncangan ini bagi membantu kesemua makanan tersebut masak dengan sekata. Biasanya melibatkan makanan yang kecil seperti sayur-sayuran atau french fries. Keluarkan basket fryer tersebut, goncang-goncang sedikit, dan masukkan semula dan sambung goreng.

Letakkan Air Fyer Anda Di Bawah Hood Dapur Anda

Kebanyakkan Air Fryer sebenarnya mengeluarkan asap atau wap, jadi pastinya anda tidak mahu ianya melekat pada dinding dapur atau mana-mana peralatan atau kabinet dapur anda. Elakkan barang-barang yang mudah cair berada di belakang Air Fryer. Takut lebur pula nanti.

Jika anda letak dibawah Hood Dapur anda, pastinya anda dapat kekalkan udara bersih kawasan dapur anda, kerana asap yang keluar daripada Air Fryer dapat disedut melalui hood tersebut. Anda letak bawah hood, dan hidupkan sahaja kipas. Mudah je kan

Gunakan Kepingan Roti Untuk Menyerap Minyak

tips air fryer yang anda perlu tahu

Letak kepingan roti dibawah bakul atau basket Air Fryer anda. Ia mampu menyerap minyak yang keluar daripada makanan sekali gus dapat mengelakkan pembuangan minyak ke longkang. Kesedaran alam sekitar juga ni.

Tapi takkan setiap gorengan nak guna roti kan. Mungkin anda hanya menggunakan kepingan roti bagi menyerap minyak apabila masak makanan yang berminyak seperti daging. 

Pada Cuaca Panas, Guna Air Fyer Bukannya Oven

Ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk panaskan terlebih dahulu (preheat) oven pada cuaca panas. Tetapi pada Air Fryer, ianya mengambil masa yang pantas dan pastinya memudahkan urusan-urusan kita la kan. Cepat dapat masak, cepat dapat makan. 

Bergabung Dengan Group Facebook

Sertai dan bergabung dengan group facebook untuk ketahui lebih banyak tips, perkongsian pengalaman dan resepi daripada pengguna-pengguna air fryer lain seluruh Malaysia. Anda boleh sertai group Resepi Air Fryer Malaysia. Banyak informasi yang dikongsikan oleh ahli di dalam group tersebut.


sumber : insider.com
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended