Pawagam Di Terengganu Asingkan Tempat Duduk Mengikut Jantina

Pawagam Di Terengganu Asingkan Tempat Duduk Mengikut Jantina

Pawagam di Terengganu telah melaksanakan zon pengasingan tempat duduk mengikut jantina. Ini bermakna lelaki dan perempuan diasingkan mengikut zon ketika berada di dalam pawagam.

Panggung wayang di Terengganu, Lotus Five Star (LFS) Cinemas mengumumkan mereka akan kembali beroperasi semula pada 4 Julai 2020. Syarikat itu juga mengalami nasib yang sama seperti panggung wayang lain di serta Malaysia terpaksa berhenti operasi sepanjang PKP yang mana berlakunya pandemik COVID-19 seluruh Malaysia termasuk Terengganu.

Sempena pembukaan itu juga, mereka telah tawarkan tontonan wayang serendah RM5 bagi filem-filem yang ditayangkan semula seperti Ip Man 4, KL Special Force, Pee Nak 2, Bloodshot dan The Bridge Curse.

Ianya bukanlah tertakluk di LFS Kuala Terengganu sahaja tetapi pada LFS seluruh Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sandakan dan Perak.

Pembukaan semula operasi panggung wayang LFS berbeza mengikut kawasan, jadi di Kuala Terengganu mereka akan mula operasi pada 4 Julai 2020 (Sabtu) selepas telah memenuhi segala SOP yang disediakan oleh pihak MKN dan KKM seperti yang diumumkan sebelum ini seperti penjarakan satu kerusi antara yang lain.

Pawagam Di Terengganu Asingkan Tempat Duduk Mengikut Jantina

Pawagam Di Terengganu Asingkan Tempat Duduk Mengikut Jantina

Waktu operasi boleh dapatkan di laman web lfs.com.my

Zon Pengasingan Tempat Duduk Di LFS Kuala Terengganu

Selain daripada pengumuman pengoperasian semula LFS Kuala Terengganu, mereka juga telah keluarkan syarat baru iaitu Zon Pengasingan Tempat Duduk. Bermula Julai 2020, mereka akan adakan pengasingan tempat duduk bagi penontong lelaki, perempuan dan keluarga ketika berada di dalam panggung wayang.


Jika di dalam panggung tersebut terdapat 2 zon, mungkin disebelah kanan adalah zon perempuan dan zon kiri untuk perempuan. Jangan risau, untuk zon keluarga juga disediakan. Boleh duduk bersama ahli keluarga walau berlainan jantina. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh terus ke kaunter tiket

Jadi selepas ini, pembelian tiket adalah mengikut tempat duduk yang telah ditetapkan. Segala perubahan tertakluk pada syarat-syarat tempat hiburan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.


Apa pendapatan anda? Lepas ni, kalau nak tonton filem di LFS Terengganu, tak campur sebelah-sebelah lelaki perempuan dah. 

Post a Comment

Previous Post Next Post