Masih Belum Cukup, "How You Like That' Daripada Blackpink Pecah 5 Rekod Dunia Guinness

blackpink how you like that pecah 5 rekod dunia guinness

Sepertinya, How You Like That tidak dapat diberhentikan ketika ini, apabila muzik video tersebut telah berjaya pecah 5 rekod Dunia Guinness dengan hanya selepas 24 jam ditayangkan di laman Youtube.

Blackpink telah kembali dengan single terbaru bertajuk How You Like That dan telah dimainkan dan dipertontonkan di Youtube milik kumpulan Kpop itu sendiri. Tayangan perdana telah dibuat pada 26 Jun 2020 yang lepas.

Sejak daripada tayangan itulah, Blackpink sibuk dibualkan dan diperkatakan di setiap pelusuk media sosial. Pada awalnya, beliau telah berjaya merampas takhta video paling cepat mencecah 100 juta tontonan daripada BTS yang hanya mengambil masa 32 jam sahaja.

blackpink how you like that pecah 5 rekod dunia guinness

Rupanya, mereka tidak berhenti di situ sahaja. Selepas itu, How You Like That telah bergerak dengan pantas dan memecahkan lagi 5 Rekod Dunia Guinness menurut laman Guiness World Record pada selasa lepas.

Blackpink yang disertai oleh 4 ahli wanita iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa telah kembali dengan single terbaru iaitu How You Like That selepas lagu terakhir mereka Kill This Love pada tahun lalu. Lagu terbaru adalah Sour Candy yang dinyanyikan bersama Lady Gaga.

5 Rekod Dunia Guinness Daripada 'How You Like That', Blackpink

Dengan jumlah tontonan yang dicapai pada hari pertama Muzik Video tersebut di keluarkan di Youtube, How You Like That telah memecah 3 rekod dunia iaitu:
  • Video Youtube paling banyak ditonton dalam 24 jam
  • Muzik Video yang paling banyak ditonton di laman Youtube dalam masa 24 jam
  • Muzik Video oleh kumpulan Kpop yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam

Rekod-rekod ini sebelumnya dipegang oleh artis Kpop juga iaitu BTS menerusi muzik video 'Boy With Luv' yang turut menampilkan penyanyi Amerika Syarikat, Halsey. Jadi kini semua, milik Blackpink sudah.



Video tayangan perdana secara berasingan pula mencatatkan 1.66 juta tontonan serentak dan juga memecah 2 lagi Guinness World Record iaitu:
  • Video tayangan perdana di Youtube yang mendapat jumlah tontonan yang paling tinggi
  • Tayangan perdana muzik video di Youtube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi.

Yang mana rekod sebelum ini dipegang oleh 'Thank you, next' daripada Ariana Grande iaitu sebanyak 55.4 juta tontonan, 'Look What You Made Me Do' daripada Taylor Swift dengan 43.2 juta tontonan dan juga Blackpink sendiri daripada lagu 'Kill This Love' dengan jumlah tontonan 56.7 juta.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended