'How You Like That' Daripada Blackpink Catat Rekod Video Paling Pantas Melepasi 100 Juta Views

how you like that catat 100 juta view terpantas

Muzik video terbaru daripada kumpulan Kpop terkenal Blackpink, 'How You Like That' telah mencapai lebih daripada 100 juta views di Youtube selepas 32 jam dilepaskan pada 26 Jun yang lepas. Sekali gus menjadi video Youtube terpantas mencapai 100 juta tontonan.

Seperti yang dilaporkan sendiri oleh YG Entertainment, muzik video tersebut mencapat 100 juta tontonan kira-kira pada jam 2.23 pagi pada 27 Jun waktu tempatan. Kini Blackpink telah mempunyai 19 video klip yang telah melebihi 100 juta tontonan di Youtube.

how you like that catat 100 juta view terpantas

100 juta views daripada 'How You Like That'

Sebelum ini, rekod tersebut telah dipegang oleh kumpulan daripada Korea juga iaitu BTS yang dicatatkan melalui muzik video 'Boy With Luv' pada April 2020 yang merupakan daripada album yang bertajuk 'Map of the Soul: Persona'.

Sebelum ini, BTS mencatatkan lebih 100 juta tontonan di Youtube dalam masa 37 jam. Jadi Blackpink tampil dengan lebih aktif dan drastik yang hanya mengambil lebih kurang 32 jam sahaja untuk capai 100 juta views.

Selain itu juga, jumlah subscribers kumpulan tersebut telah mencapat lebih 39 juta subscribers sejak muzik video tersebut dimuat-naik di Youtube. Untuk rekod, Blackpink menjadi artis wanita ke-2 yang mencapai rekod ini selepas Ariana Grande.

Tahniah Blackpink.


Senarai 10 video terpantas yang mencatat jumlah tontonan lebih daripada 100 juta views di Youtube

1.    BLACKPINK - 'How You Like That' M/V - 1.3 Hari
2.    BTS (방탄소년단) '작은 것들을 위한 시 (Boy With Luv) (feat. Halsey)' Official MV - 1.6 Hari
3.    BLACKPINK - 'Kill This Love' M/V - 2.6 Hari
4.    PSY - GENTLEMAN M/V - 2.8 Hari
5.    6IX9INE- GOOBA (Official Music Video) - 3.1 Hari
6.    Taylor Swift - ME! (feat. Brendon Urie of Panic! At The Disco) - 3.4 Hari
7.    Ariana Grande - thank u, next (Official Video) - 3.4 Hari
8.    Taylor Swift - Look What You Made Me Do - 3.5 Hari
9.    Adele Hello - 4.3 Hari
10.  TROLLZ - 6ix9ine & Nicki Minaj (Official Music Video) - 4.6 Hari


sumber : soompi
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended