Please Alert! Ini Adalah Policy Terbaru Bagi Bagasi Cabin Bagi Flight AirAsia

Policy Terbaru Bagi Bagasi Cabin Bagi Flight AirAsia

Sepertinya sedang kecoh di airport apabila ramai pengguna AirAsia Airlines tidak dibenarkan membawa bag beroda masuk ke kabin kapal terbang seperti sebelum ini apabila mereka telah memperkenalkan policy terbaru berkaitan Bagasi Kabin.

Rasanya ramai sudah sedia maklum, sebelum ini, anda boleh bawa bagasi beroda saiz S lebih kurang (56cm x 36cm x 23cm) untuk masuk ke kabin, tapi pastikan beratnya tidak lebih daripada 7 kilogram seperti yang dipaparkan di dalam website KLIA2. Ditambah pula denga sebuah handbag atau laptop bag.

Tetapi kini tidak lagi, apabila AirAsia telah menyemak semula dasar mereka disebabkan pandemik COVID-19 ini. Oleh itu mereka telah tetapkan saiz baharu bagi bagasi yang dibenarkan dibawa masuk ke kabin kapal terbang.

Jadi apa policy tersebut? Berapa besar pula saiz bag yang dibenarkan?

Seperti yang dipaparkan melalui support AirAsia, policy ini terpakai dan bermula sebaik sahaja dibenarkan beroperasi seperti yang dipaparkan disini.

Policy Terbaru Bagi Bagasi Cabin Bagi Flight AirAsia

Kini anda hanya dibenarkan membawa 1 sahaja bag dan ianya adalah seperti di dalam gambar tersebut :
  • Bag mestilah tidak melebih 40cm(tinggi) x 30cm(lebar) x 10cm(panjang)
  • Bag mestilah tidak melebihi 7kg
  • Bag mestilah muat diletakkan di bawah kerusi

Jika bag cabin anda tidak muat (terlebih saiz) untuk diletakkan dibawah kerusi
  • Anda akan diberikan daftar masuk percuma untuk beg kabin yang beratnya kurang dari 7kg. Sila daftar masuk bagasi anda di kaunter.
  • Jika bag kabin berat daripada 7kg, bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap kg berat
  • Bagasi daftar masuk percuma 7kg harus  dibuat secara berasingan dari bagasi daftar masuk standard.
Sekirannya anda bercadang untuk terbang bersama AirAsia dalam masa terdekat dan bagasi anda melebihi saiz seperti yang ditetapkan, anda perlu buat pra-tempahan elaun bagasi terdaftar anda sebelum waktu-pemotongan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca policy bagasi disini


Jadi sila alert kepada dasar baharu ini. Tidak dibenarkan lagi bawah bagasi yang biasa anda bawah sebelum ini. Mungkin ini norma baharu sepanjang PKPP ini.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended