Malaysia Akan Memperkenalkan Panggung Wayang Pandu Lalu Pertama Tidak Lama Lagi

wayang pandu lalu pertama di malaysia

Siapa sangka kan, selepas ini mungkin kita akan dapat melihat sebuah lagi sektor tayangan diperkembangkan apabila akan diperkenalkan Panggung Wayang Pandu-Lalu pertama di Malaysia.

Jika secara biasa, kita pergi tengok wayang di dalam Mall, beli tiket, masuk dan duduk ditempat yang disediakan. Tetapi berbeza dengan pandu lalu dimana anda beli tiket dan anda akan masuk bersama kereta anda, parking ditempat yang ditetapkan dan tonton wayang tersebut.

Itulah konsep yang ingin dibawa ke Malaysia tidak lama lagi. Industri seperti ini biasa kita tengok dalam filem orang putih, tengok movie daripada dalam kereta sahaja.

wayang pandu lalu pertama di malaysia

Baru-baru ini pun, di Florida, Amerika Syarikat, perniagaan seperti ini bercambah dengan cepat disebabkan pandemik COVID-19 ni. Jika duduk beramai-ramai di dalam panggung wayang, pastinya risiko terdedah dengan pandemik lebih tinggi dan tidak selamat. Sebagai alternatif untuk merancakkan perniagaan panggung wayang, mereka buat panggun wayang pandu lalu.

Di Brazil juga telah diperkenalkan baru-baru ini, apabila mereka jadikan Stadium sebagai panggung wayang pandu lalu di sana. Orang ramai-ramai masuk bersama kereta, duduk di dalam kereta sahaja. Tidak bercampur dengan orang lain.

Panggung Wayang Pandu Lalu Di Malaysia

Mungkin ini adalah sebuah lagi norma baharu pada masa kini, anda boleh menonton wayang tanpa bercampur dengan orang ramai yang mungkin tiada penjarakan sosial.

Seperti yang dimaklumkan oleh mjunction2020 melalui akaun Instagram mereka, panggung wayang pandu lalu atau Drive-In Theatre akan diperkenalkan di Malaysia untuk kali pertama. Perniagaan ini akan diuruskan oleh TwoSpicy Entertainment Live & MD Events Asia.



Sebagai makluman, TwoSpicy Entertainment Live ini juga telah menguruskan event seperti Dinner In The Sky berdekatan KLCC, Restoren Kapal Terbang dan banyak lagi.

Setakat ini, masih tiada lagi pengumuman rasmi daripada pihak mjunction2020 berkaitan pelancaran Panggung Wayang Pandu Lalu atau dimana ianya akan di adakan. Jika anda tidak sabar, anda boleh sertai senarai menunggu di www.mjunction.my sebelum tiket Sold Out apabila dirasmikan kelak.

Post a Comment

Previous Post Next Post