Download Aplikasi MySejahtera Terlebih Dahulu, RM50 Dah Nak Dapat Tu

Download Aplikasi MySejahtera

Pada awal Jun yang lepas, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan RM50 akan dikreditkan kepada semua pengguna yang telah download aplikasi MySejahtera di telefon bimbit.

Bantuan RM50 ini merupakan salah satu inisiatif daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) iaitu ePENJANA kredit e-dompet bernilai RM20 yang dipadankan sama dengan baucer diskaun dan cashback dengan nilai RM50.

Jadi cara untuk anda dapatkan RM50 ini, anda perlulah download atau muat-turun aplikasi MySejahtera di Playstore, Apps Store atau AppGallery di peranti pintar anda.

Sila download sekarang dan jangan buat kerja last minit seperti sebelum ini yang katanya aplikasi itu crashed disebabkan orang ramai download secara serentak gara-gara pengumuman yang dibuat oleh Menteri berkaitan perkara ini.

Tetapi selepas anda download dan menggunakan aplikasi ini, ramai yang tertanya-tanya macam RM50 mereka? Jadi jangan risau, Public Health Malaysia baru sahaja memberitahu dimana Kerajaan masih belum lagi mula bagi duit tersebut dan masih dalam proses serta minta kepada semua rakyat Malaysia sabar dimana, mereka akan umumkan kepada khalayak tidak lama lagi.


Buat masa ini, PHM hanya nasihatkan kepada semua orang supaya download aplikasi itu terlebih dahulu dan jangan tunggu sehingga tarikh penerimaan e-dompet RM50 tersebut.

Aplikasi MySejahtera ini dibangunkan bagi memudahkan contact tracing jika berlaku apa-apa jangkitan berlaku di luar rumah. Jadi jika anda kerap keluar rumah dan lawati mana-mana premis, sangat digalakkan untuk download aplikas ini.

Selain daripada sebarang maklumat berkaitan data harian pandemik COVID-19, aplikasi ini juga dibuat bagi ketahui tahap kesihatan anda dan kawasan persekitaran jika ada berlaku sebarang jangkitan berlaku.

Apa lagi tunggu guys! jangan download last minit nanti, kalau jammed atau crash lagi, lambat pula dapat RM50 tu nanti. Aplikasi ini juga berguna tau untuk pengesanan pandemik COVID-19 ni. Download segera!
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended