Spotify Kini Memaparkan Lirik Lagu Bagi Pengguna Malaysia

Spotify Kini Memaparkan Lirik Lagu Bagi Pengguna Malaysia

Biasa kalau dengar lagu, kadang kita nak menyanyi sekali. Jadi kini sebuah lagi platform striming lagu tampil dengan memperkenalkan tayangan lirik lagu kita lagu dimainkan iaitu Spotify.

Jika sebelum ini, kita hanya strim sahaja lagu-lagu yang ada di Spotify. Anda akan nikmati lagu-lagu yang digemari beserta kualiti tinggi jika anda melanggan Spotify Premium. Sudah pastinya banyak kelebihan berbanding Spotify Free.

Kalau kita mendengar lagu-lagu baru, pastinya ada lirik yang kita masih belum hafal atau kenal pasti. Jadi disebabkan itulah ciri tayangan lirik ini diperkenalkan di Spotify. Mungkin beliau sedar akan persaingan platform lain yang sudah menyediakan ciri ini.

Tayangan Lirik Di Spotify

Spotify telah memperlihatkan sokongan lirik ini kepada beberapa buah negara termasuk Malaysia bermula 1 Julai 2020. Antara negara lain yang sudah mendapat ciri ini seperti Argentina, Brazil, Colombia, Chile, Mexico, Peru, Bolivia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, Guatemala, Honduras, India, Nicaragua, Panama, Singapura dan banyak lagi.

Jadi untuk anda melihat lirik lagu ini, anda hanya perlu pilih dan klik lagu kegemaran anda. Kemudian anda skrol ke atas dan akan nampak tayangan lirik. Anda klik lirik tersebut dan keseluruhan tayangan lirik akan muncul. Paling best, lirik akan mengikut rentak lagu.

Spotify Kini Memaparkan Lirik Lagu Bagi Pengguna Malaysia

Jadi pastikan anda sudah kemaskini aplikasi Spotify kepada versi yang terbaharu. Muat-turun aplikasi Spotify di Google Play Store dan Apple Apps Store.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended