Lihat Bagaimana Sunway University Lakukan Untuk Pastikan Berlakunya Penjarakan Sosial Di Dalam Kampus

#MostHappeningCampus penjarakan sosial di sunway university

Sungguh kreatif tim Sunway University apabila mengeluarkan idea yang baharu bagi pastikan penjarakan sosial atau Sosial Distancing akan sentiasa berlaku di dalam kampus mereka.

Penjarakan Sosial merupakan antara langkah pencegahan yang disarankan oleh WHO dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung jangkitan pandemik COVID-19. Selain daripada itu adalah galakan pemakaian face mask dan sentiasa basuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer.

Kebiasannya dimana-mana premis, mereka akan tandakan 'X' pada meja atau kerusi yang menunjukkan anda tidak dibenarkan untuk duduk dan berada di kawasan tersebut. Ini bagi mengadakan penjarakan sosial antara yang lain. Jika di panggung wayang, selang 1 kerusi akan dikosongkan.

Penjarakkan Sosial Di Sunway University Dengan Kempen #MostHappeningCampus

Menggunakan konsep yang sama tapi aplikasi yang lain, Sunway University tampil dengan idea berbeza sebagai tanda X. Mereka akan letakkan Board Selebriti Terkenal bagi kawasan tertentu bagi mengadakan penjarakan sosial dengak kempen #MostHappeningCampus.

#MostHappeningCampus penjarakan sosial di sunway university

#MostHappeningCampus penjarakan sosial di sunway university

Sunway University memperkenalkan inisiatif ini supaya pelajar-pelajar mereka amalkan penjarakan sosial dalam keadaan gembira. Manakan tidak apabila yang berada disebelah mereka adalah pujaan mereka walaupun dalam keadaan board sekali pun.

Antara selebriti atau artis yang disediakan seperti Mr Bean, Junkook, Rose Blacpink, Messi, Yuna, Will Smith, Ed Sheeran, Datul Lee Chon Wei, Hello Kitty pun ada dan ramai lagi

#MostHappeningCampus penjarakan sosial di sunway university

#MostHappeningCampus penjarakan sosial di sunway university

#MostHappeningCampus penjarakan sosial di sunway university

Selain itu, Sunway Universiti juga mengajak pelajar mereka datang untuk bergambar sambil amalkan sosial distancing dan kongsikan di laman Instagram dengan tag (@sunwayuniversity) mereka.

#MostHappeningCampus penjarakan sosial di sunway university


sumber : facebook Sunway University
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended