BTS Pecah Rekod Dunia Guinness Lagi, Konsert Online Paling Ramai Tontonan

BTS Pecah Rekod Dunia Guinness Lagi, Konsert Online Paling Ramai Tontonan

Menurut laporan Yonhap, kumpulan Kpop BTS telah mencatar Rekod Dunia Guinness yang baharu apabila mencatat konserta dalam talian (online) paling ramai tontonan di dunia ketika ini.

Banyak aktiviti atau event besar yang telah dibatalkan penganjuran. Ini disebabkan pandemik COVID-19 yang bukan berlaku di Korea iaitu negara asal kumpulan BTS tetapi ianya berlaku di seluruh dunia.

BACAMasih Belum Cukup, "How You Like That' Daripada Blackpink Pecah 5 Rekod Dunia Guinness

Antara yang terkesan adalah konsert daripada kumpulan Kpop, BTS tersebut. Sepatutnya Bang Bang Con: The Live akan membuat penjadualan jelajah dunia bagi konsert mereka. Maka disebabkan itulah, kesemua konsert yang dijangka berlaku pada tahun 2020 ini terpaksa dibatalkan.

Tetapi bagi menghargai peminat yang setia di seluruh dunia, konsert BTS tetap diteruskan tetapi kali ini sedikit berbeza dimana, mereka adakan konsert secara striming iaitu secara online. Ia tidak diadakan di stadium, sebaliknya berlansung dari sebuah studio di Seoul.

BTS Pecah Rekod Dunia Guinness Lagi, Konsert Online Paling Ramai Tontonan

BTS Catat Rekod Dunia Guineess

Dengan penganjuran 'Bang Bang Con: The Live' secara atas talian inilah, mereka telah pecahkan rekod dunia Guiness. Seperti yang dilaporkan daripada Guiness World Record, BTS telah mencatatkan jumlah tontonan tertinggi di dunia bagi konsert yang di adakan secara strim atau secara online.


Dalam konsert online tersebut, seramai 756,000 peminat daripada lebih 100 negara telah mengikuti persembahan atau konsert dalam talian tersebut selama 100 minit. 

Menurut Bit Hit Entertainmen, agensi kumpulan BTS itu, konsert ini merupakan acara muzik dalam talian berbayar terbesar di dunia dari segi jumlah penonton. Jumlah penonton dalam talian mencecah kira-kira gabungan 15 konsert stadium.

Selain daripada rekod dunia ini, kumpulan yang disertai oleh 7 anggota itu, sebelum ini pernah memegang Guinness World Record bagi artis Kpop pertama menduduki tangga teratas carta album Amerika Syarikat dan banyak lagi.


sumber : BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post