3 Adab Berniaga Secara Online Yang Anda Perlu Tahu

3 Adab Berniaga Secara Online Yang Anda Perlu Tahu

Setiap tingkah laku, mestilah diselarikan dengan adab dan tatasusila termasuk dalam dunia perniagaan online. Jadi jom kita tengok 3 adab berniaga secara online yang anda perlu tahu.

Ada yang mengatakan, sebelum memulakan sebuah perniagaan, anda perlu cukup ilmu supaya segala ranjau dan perjalanan boleh ditempuhi dengan jaya. Sebenarnya perkara ini perlu selari dengan adab dan etika ketika berniaga.

Bukan sahahja berhadapan dengan orang perlu beradab, bukan ketika makan perlu beradab sebaliknya dalam marketing perniagaan juga perlu beradab. Kita mesti mahukan perniagaan kita diberkati selain daripada keutungan kerana ianya merupakan sumber pendapatan kita. Jika tidak beradab dan menyakitkan hati orang lain, tak guna juga kan.

Perkara ini biasa kita lihat bila melibatkan marketing secara percuma. Apa maksudnya?

Ya, anda boleh lihat apabila sesebuah post atau tweet yang telah viral kerana konten pemiliknya, anda tampa berfikiran panjang, anda selitkan produk jualan anda disana. Mungkin jika seorang sahaja, tidak perasan tetapi jika semua seller seperti anda? Komen atau reply tersebut penuh dengan iklan produk sahaja kan.

BACAKenapa Pilih Untuk Berniaga Di Shopee? Ada Yang Mampu Jana Pendapatan Sehingga 4 Angka

Pemilik tweet pasti tidak suka, anda yang ingin baca komen facebook atau reply tweet pun tidak suka kerana lambakan iklan tersebut. Tetapi mungkin ada sahaja pemilik tweet tidak kisah tentang perkara ini, tetapi ada yang kisah tentang perkara ini.

Apa perasaan jika post facebook atau tweet viral anda dipenuhi dengan iklan produk yang tiada kaitan langsung dengan konten asal? Pasti rimas kan...

Oleh itu, anda perlu tahulah adab-adab ketika berniaga secara online ni terutamanya jika melibatkan konten orang lain sama ada di facebook, twitter atau instagram.

Apakah adab berniaga online ini?

Etika atau adab ini terpakai untuk semua medium media sosial utama. Biarlah perniagaan kita diberkati disamping keuntungan yang diperoleh.

3 Adab Berniaga Secara Online Yang Anda Perlu Tahu

#1.  Jangan promote di post atau tweet orang yang menjual benda yang sama

Ini mungkin disukai oleh 'potential customer' tetapi sangat tidak disukai oleh seller tersebut. Cuba bayangkan, sebenarnya seller tersebut buat servis berbayar untuk dapatkan engagement yang tinggi sama ada melalui facebook, twitter atau instagram tetapi anda dengan senang hati menempel di post tersebut yang pastinya menggangu penjualan seller tersebut. Tambahan lagi, anda pula jual benda sama. ermm

Melainkan, tuan posting tersebut memberi kebenaran untuk anda promote di ruangan tersebut.

#2.  Jangan promote di tweet yang tidak bersesuaian

Sebagai contoh, pernah berlaku apabila seorang pengguna twitter baru sahaja kehilangan ahli keluarga dan tweet berkaitan perkara tersebut. Tetapi dengan selambanya ada seller telah menempel iklan produk di tweet tersebut. Ini pastinya kurang ajar dan sangat tidak beretika. Beliau meluahkan kesedihan tetapi ada orang promote barang pula. Inilah contoh promote di tempat yang sangat tidak sesuai. Justeru itu, kalau betul la sangat terdesak, carilah tweet yang lebih sesuai berbanding mod sedih, kecewa dan sebagainya.

Jika anda pernah lakukan sedimikian, tolonglah cari dan delete sekarang. Ini bagi mengelakkan perkara lain pula berlaku seperti kecaman dan buli siber.

#3.  Jangan promote di tweet akaun rasmi

Jika melihat daripada situasi sekarang iaitu pandemik COVID-19, antara akaun rasmi yang mempunyai engagement yang tinggi adalah akaun facebook dan twitter KKM. Mereka bertungkus lumus memberi data harian kepada orang ramai dan pastinya dapat share atau retweet yang tinggi daripada pengguna-pengguna media sosial. Jadi janganlah anda sewenang-wenangnya untuk tampal iklan anda di sana. Orang ramai datang untuk melihat laporan terbaru sambil membaca komen atau reply, tetapi yang hanya keluar adalah iklan produk. Tolonglah hentikan tingkah laku sedemikian. Hargai pemilik konten dan juga audience.


Kalau betul juga nak buat?

Apa salahnya anda laburkan sedikit untuk marketing. Ambil paid review, paid tweet, paid RT dan sebagainya untuk promosikan barangan anda secara selamat dan beradab. Banyak sahaja mereka yang tawarkan harga berpatutan.


Kalau taknak pun laburkan dalam marketing, cari tweet yang membenarkan anda iklan perniagaan anda. Sebagai contoh di twitter, kadang ada 'tweetfemous' yang sediakan tweet khas untuk anda iklankan produk secara percuma sahaja. Ambil kesempatan dan kongsikan barangan anda disana.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya bagi seller yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia perniagaan onlin ini. Admin doakan, semuanya berjaya!

Post a Comment

Previous Post Next Post