Mulai 1 Ogos, Semua Wajib Pakai Face Mask Ketika Berada Di Tempat Awam Yang Sesak

Mulai 1 Ogos, Semua Wajib Pakai Face Mask

Kerajaan melalui Menteri Kanan Kluster Keselamatan mengumumkan bermula 1 Ogos 2020, semua diwajibkan memakai face mask ketika berada di tempat awam yang sesak.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob melalui Sidang Media yang di adakan di ruang Parlimen Malaysia. Keputusan ini dibuat berikutan peningkatan kes jangkitan telah meningkat kepada 2 angka sejak kebelakangan ini.

Nampaknya, orang ramai sudah melupakan SOP yang ditetapkan dan mengendahkan amalan norma baharu sehingga lalai dan terlupa dimana kes pandemik COVID-19 di Malaysia masih belum berakhir.

Justeru itu, Kerajaan terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan jangkitan dari terus meningkat dan salah satunya adalah mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di ditempat awam yang sesak dan juga ketika berada di dalam kenderaan awam.

Mulai 1 Ogos, Semua Wajib Pakai Face Mask

Jadi, jika nak keluar atau naik LRT, bas kena pakai face mask tau! Denda RM1000 pada mana mana pihak yang ingkar.

Tapi face mask ada limit pemakaian? Takkan nak kena beli selalu? tetapi jangan risau, pemakaian pelitup muka buatan sendiri dibenarkan namun perlu ikut spesifikasi WHO.

Face Mask

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengeluarkan info berkaitan face mask 3ply (srugery) dan juga face mask fabrik yang boleh pakai semula.

Pemakaian alat pelitup separuh muka (facemask) merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19.

Facemask boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti, atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain. Penggunaan facemask boleh dibahagikan kepada penggunaan bagi tujuan perubatan dan penggunaan bukan perubatan (non-medical)


jenis pemakaian face mask fabrik wajib 1 ogos

Penggunaan facemask bagi tujuan perubatan:

  • Petugas kesihatan perlu menggunakan perlindungan seperti disarankan dalam Guidelines on COVID-19 Management in Malaysia
  • Orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan – perlu menggunakan surgical 3 ply mask
  • Orang awam golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (iaitu mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas) dan mereka yang mempunyai latar belakang penyakit-penyakit kronik, terutama di kawasan di mana jangkitan COVID-19 berlaku serta penjarakan sosial sukar diamalkan. Jenis pemakaian facemask yang digalakkan adalah surgical 3 ply.

Penggunaan pelitup separuh muka bagi tujuan bukan perubatan

Penggunaan face mask ini adalah disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana COVID-19 tersebar luas dan penjarakan sosial sukar diamalkan, sebagai contoh:
  • Golongan pekerja misalnya, pekerja sosial, juruwang, pelayan serta yang lain-lain;
  • Orang awam sihat yang berada tempat awam seperti dalam pengangkutan awam, tempat kerja, kedai runcit dan persekitaran yang sesak.

Untuk pelitup separuh muka bukan perubatan (non-medical masks), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan jenis fabrik atau kain dengan 3 lapisan yang terdiri daripada:
  • Lapisan paling dalam yang bersifat menyerap air (hidrofilik), misalnya kapas atau campuran kapas;
  • Lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan bersifat menghindar penyerapan air (hidrofobik), misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya. Lapisan ini boleh mengehadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai; dan
  • Lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.

Nasihat KKM adalah, pakailah facemask yang bersesuaian dengan kaedah yang betul. Alat pelitup separuh muka perlu menutupi ruang hidung sehingga dagu. Pemakaian tidak sempurna dengan membiarkan ianya tergantung di leher, di dahi, atau menutupi hanya sebahagian dari hidung dan mulut adalah tidak bertepatan dan membawa risiko pencemaran atau jangkitan kepada pemakai.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended