Boost Sepertinya Antara eWallet Yang Terpilih Bekerjasama Dengan Program ePenjana


Boost sepertinya antara eWallet yang terpilih akan bekerjasama dengan program ePenjana bagi penerimaan kredit RM50 seperti yang dimaklumkan melalui PENJANA.

Perkara ini boleh dilihat apabila Boost eWallet telah mengeluarkan Frequently Asked Questions (FAQ) berkaitan program ePenjana di laman web mereka. Jika dilihat daripada eWallet lain yang terkenal di Malaysia, setakat ini tiada lagi maklumat sedemikian.

Dengan maklumat ini, pastinya Boost antara eWallet yang boleh digunakan bagi menebus kredit RM50 seperti yang diumumkan oleh Kerjaan melalui PENJANA.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan, bagi melayakkan anda menerima kredit RM50 eDompet tersebut, anda perlulah download dan kemaskini maklumat di aplikasi MySejahtera. Aplikasi tersebut digunakan bagi memudahkan pengesanan kontak yang mungkin berlaku jika anda berada di sesebuah tempat atau premis di seluruh Malaysia.

Setakat ini tiada lagi maklumat yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan tatacara untuk penebusan RM50 tersebut. Maklumat terperinci dan tarikh tersebut akan diumumkan pada hujung bulan Julai ini.

Boost, RM50 dan Aplikasi MySejahtera

Jika dilihat melalui FAQ Boost, terdapat 8 soalan lazim berkaitan program ePenjana ini yang antaranya adalah langkah untuk melayakkan anda untuk menerim RM50 tersebut.

Langkah-Langkah

  • Untuk pengguna baru aplikasi MySejahtera 
Langkah 1: Download dan install aplikasi MySejahtera melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Klik "Daftarkan Di Sini" untuk mendaftarkan akaun baru.

Langkah 3: Masukkan nombor telefon anda dan klik "Daftar" atau klik pautan "Saya ingin menggunakan Email untuk Mendaftar" (jika Anda ingin mendaftar menggunakan alamat email Anda).

Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS (jika Anda mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan melalui email Anda (jika Anda mendaftar menggunakan alamat email).

Langkah 5: Masukkan OTP dan klik 'Hantar' (jika Anda mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pautan pengesahan yang dikirim ke email Anda (jika Anda mendaftar menggunakan alamat email).

Langkah 6: Isi butiran pendaftaran Anda (nama lengkap sesuai NRIC Malaysia / Tentara Malaysia / Nomor Polisi Malaysia dan informasi lain yang diperlukan). Kemudian klik 'Konfirmasi'.

Langkah 7: Anda akan menerima pesanan "Pendaftaran Berjaya". Klik "Tutup" di bahagian bawah skrin untuk kembali ke Sign-In skrin.

Langkah 8: Anda sekarang terdaftar di MySejahtera. Harap tunggu konfirmasi aktivasi yang akan dikirim melalui SMS atau email sebelum Anda melanjutkan login.

Langkah 9: Masukkan User ID (nombor telefon atau alamat email) dan password dan klik "Masuk".

Langkah 10: Klik butang ‘Things to Do’ untuk melakukan Ujian Penilaian Kesehatan Hari anda.

Langkah 11: Lanjutkan untuk menerapkan inisiatif ePenjana di aplikasi eWallet Anda.


  • Untuk pengguna MySejahtera sedia ada:
Langkah 1: Kemas kini aplikasi MySejahtera anda ke versi terkini.

Langkah 2: Klik "Profil" untuk mengemas kini maklumat peribadi anda.

Langkah 3: Kemas kini maklumat peribadi anda (nama penuh mengikut Kad Pengenalan / Tentera Darat Malaysia / Polis Malaysia). Kemudian klik 'Confirm'.

Langkah 4: Teruskan memohon inisiatif ePenjana di aplikasi eWallet anda.

  • Untuk pengguna Boost:
Anda perlu mengesahkan (verify) akaun Boost anda untuk menuntut ePENJANA anda kemudian.

Langkah 1: Muat turun Boost dari Play Store (untuk telefon pintar Android), atau App Store (untuk iPhone) atau Galeri Huawei (untuk Telefon Pintar Huawei)

Langkah 2: Pergi ke skrin "Profil" anda dan klik "Dompet Saya" dan diikuti dengan "Tingkatkan ke Dompet Premium" (Upgade to Premium Wallet).

Langkah 3: Seterusnya, anda perlu mengesahkan IC anda dengan mengikuti langkah di bawah *:
  • Tangkap gambar bahagian depan IC anda
  • Tangkap gambar selfie. Pastikan kami dapat melihat wajah anda dengan jelas untuk tujuan pengesahan
  • Sahkan butiran yang diambil. Sila periksa semula butirannya dan klik pada butang seterusnya untuk meneruskan.

Langkah 4: Pengesahan maklumat yang diberikan akan diselesaikan dalam satu (1) hari bekerja


update : laman FAQ Program ePenjana telah diturunkan oleh pihak Boost. Apa-apapun kita tunggu kemaskini daripada pihak Kerajaan sendiri
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended