Hari Raya Aidil Adha Tahun Ini Diumumkan Pada 31 Julai 2020

Hari Raya Aidil Adha Tahun Ini Diumumkan Pada 31 Julai 2020

Pada tahun ini telah diumumkan dimana Hari Raya Aidil Adha jatuh pada 31 Julai 2020 bersamaan pada hari Jumaat.

Hari Raya Aidil Adha merupakan salah satu perayaan bagi umat Islam di seluruh dunia selain daripada Hari Raya Aidil Fitri. Jika Aidil Fitri disambut pada 1 Syawal setiap tahun manakala bagi Aidil Adha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun.

Hari Raya Aidiladha lebih kepada perayaan bagi jemaah Haji di Mekah. Tetapi jika anda tidak dipanggil untuk menunaikan Haji, kita digalakkan untuk lakukan Ibadah Korban. Jadi di Malaysia, hari raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya korban.

Hari Raya Aidiladha Jatuh Pada 31 Julai 2020

Hari Raya Aidil Adha Tahun Ini Diumumkan Pada 31 Julai 2020

Jadi untuk umat Islam di Malaysia, seperti yang diisytiharkan oleh Tuan Haji Mohd Aseral Jusman merupakan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja bagi pihak penyimpan Mohor Raja-Raja, 1 Zulhijjay 1441M jatuh pada 22 Julai 2020.

Oleh yang demikian, Hari Raya Korban pada 10 Zulhijjah bagi negeri seluruh Malaysia adalah pada hari Jumaat bersamaan 31 Julai 2020M.

Pastinya tahun ini, sambutan raya berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini dengan mengamalkan norma baharu. Seperti yang dimaklumkan Kerajaan sebelum ini, rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyambut Aidil Adhan pada tahun ini.
 

Post a Comment

Previous Post Next Post