Anda Perlu Download Aplikasi MySejahtera Terlebih Dahulu Untuk Menerima eWallet RM50

Download Aplikasi MySejahtera Terlebih Dahulu Untuk Menerima eWallet RM50

Sidang media hari ini mengumumkan dimana, anda perlu download aplikasi MySejahtera terlebih dahulu untuk menerima eWallet RM50 daripada ePENAJANA yang diumumkan sebelum ini. Ianya telah diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.

Beberapa hari yang lepas, YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan 40 inisiatif yang telah diumumkan. Antara inisiatif tersebut adalah ePENJANA kredit e-dompet berjumlah RM50 yang dipadankan sama dengan baucer diskaun dan cashback dengan nilai RM50. Ianya inisiatif khusus kepada warganera berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang RM100 ribu setahun.

Download Aplikasi MySejahtera Untuk Menerima eWallet RM50

Jadi untuk anda layak menerima e-dompet RM50 tersebut, anda perlu muat turun atau download terlebih dahulu aplikasi MySejahtera yang telah diperkenalkan sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. 

MySejahtera merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri bagi mengesan dan mengekang penularan pandemik COVID-19 yang berlaku di dalam Malaysia. Terdapat banyak fungsi yang disediakan di dalamnya, antaranya adalah memaparkan info semasa berkaitan COVID-19, penilaian kesihatan kendiri dan banyak lagi. 

Download Aplikasi MySejahtera Terlebih Dahulu Untuk Menerima eWallet RM50

Anda boleh muat turun aplikasi MySejahtera di Play Store, Apps Store dan Huawei AppGallery. Jadi untuk keterangan yang lebih lanjut, tunggu sahaja pengumuman akan datang sebelum ePENJANA ini bermula pada Julai kelak.


sumber : BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post