Tips Dan Cara Cuci Microwave Dengan Betul Dan Mudah

tips dan cara cuci microwave tahun 2020

Bila last anda cuci microwave selepas anda beli? Tak pernah la tu kan. Jangan risau, kalau nak buat, anda boleh tengok sini tips dan cara cuci microwave dengan betul dan mudah sahaja.

Microwave antara peralatan atau perkakas dapur yang biasanya ada. Ini kerana fungsi perkakas ini sangat diperlukan terutamanya jika ingin panaskan makanan. Kita mungkin boleh panaskan melalui dapur masak tetapi dengan microwave, anda boleh letak dan biarkan sahaja ianya dipanaskan secara automatik.

Hampir semua jenis makanan boleh dipanaskan di dalam microwave. Jadi anda tak perlu risau la kalau lauk atau makanan dan sejuk atau baru dikeluarkan daripada peti ais. Anda tetapkan suhu dan masa sahaja, letak lauk di dalam microwave dan tunggu sahaja ianya di panaskan.

Dari hari ke hari, bulan ke bulan microwave selalu digunakan. Pelbagai makanan telah diletakkan di dalam dan dipanaskan. Maka akan naiklah asap dan bau dan melekat di dalam microwave tersebut. Lama-lama macam-macam yang akan melekat di dinding dalam microwave.

Jika tidak dibersihakan atau dicuci, khuatir disitulah tempat terkumpulnya kuman dan bakteria. Oleh itu, anda kena cuci tau.

Tak tahu cara cuci?

Jangan risau, anda boleh ikuti cara cuci microwave ini seperti yang dikongsikan oleh pengguna twitter nawalhudaa. Microwave anda bersih disamping bau wangi juga tau. Anda kena cuba cara ini.

Langkah-Lankah Dan Cara Cuci Microwave

tips dan cara cuci microwave tahun 2020

Anda boleh lakukan langkah yang dikongsikan ini untuk 2 ke 3 kali sebulan. Selebihnya, boleh lap dan cuci macam biasa sahaja.
  1. Ambil mangkuk dan isikan dengan air separuh
  2. Letak lemon sebiji. Perah jus dan hirisan lemon
  3. Masuk microwave dan on untuk 5 minit
  4. Jika sudah tamat, tunggu dahulu selama 2 minit sebelum buka sebab taknak bagi wap air dia keluar. 
  5. Jika sudah, lap microwave dengan kain bersih
  6. Bau pun harum semerbak lemon gitu.
  7. Selesai!

Post a Comment

Previous Post Next Post