Les' Copaque Merupakan Channel Youtube Malaysia Peroleh 10 Juta Subscriber. Betul Betul Betul

Les' Copaque Merupakan Channel Youtube Malaysia Peroleh 10 Juta Subscriber

Hari ini dalam sejarah, siri kartun keluarga Upin Ipin daripada Les' Copaque menjadi Channel Youtube Malaysia pertama yang memperoleh 10 juta subscriber. Itulah saluran kanak-kanak yang menampilkan si kembar dengan tradmark, Betul Betul Betul.

Jika sebelum ini, Upin Ipin trending dengan siri kartun mereka di media sosial apabila isu Fizi yang memainkan perasaan Upin Ipin sehinggakan negara jiran juga terkesan. Manakan tidak, sampai Les' Copaque keluarkan klip video permohonan maaf daripada Fizi sendiri. Tetapi ianya sekadar gurauan sahaja. Tapi tetap comel kan.

Channel Les' Copaque telah diterbitkan pada tahun 2009 dan sehingga kini telah terdapat 1185 video di muat naik. Channel ini mengfokuskan kandungan untuk kanak-kanak dengan mengfokuskan karakter Upin Ipin.

Les' Copaque Merupakan Channel Youtube Malaysia Peroleh 10 Juta Subscriber

Bukan kanak-kanak sahaja menontonnya, orang dewasa pun tengok keh! Google Malaysia pun dah ucap tahniah kepada Les Copaque tau.

Channel Youtube Les' Copaque Dapat 10 Juta Subscibers

Sejurus selepas itu, hari ini sekali lagi, Upin Ipin terus dikenali lagi apabila Channel Youtube Les' Copaque Production menjadi channel Malaysia pertama peroleh 10,000,000 (10 juta) subcribers dan bakal menerima Diamond Play Button.

Menerusi perkongsian di facebook rasmi Les' Copaque, mereka memperoleh subsciber ke 10 juta pada jam 2.06 pm. Apa lagi, bagi la hadiah kepada subsciber tu.

Les' Copaque Merupakan Channel Youtube Malaysia Peroleh 10 Juta Subscriber

Di Youtube mempunyai 3 tahap yang akan menerima penghargaan daripada Youtube iaitu lebih 100 ribu subscriber dengan silver play button, 1 juta followers dengan gold play button dan yang ke-3 adalah lebih 10 juta subscriber iaitu Diamon Play Button.

Jadi di Malaysia ini, hanya Les' Copaque sahaja menerima Diamon Play Button tersebut. Tahniah!

Senarai 10 subscriber tertinggi di Malaysia:
  • Les' Copaque Production - 10 juta
  • Monsta - 5.67 juta
  • Platabush - 4.53 juta
  • Didi & Friends - Lagu Kanak Kanak - 3.95 juta
  • TV3MALAYSIA Official - 3.59 juta
  • Omar & Hana - Lagu Kanak-Kanak Islam - 3.42 juta
  • Alyssa Dezek - 2.85 juta
  • Astro Gempak - 2.67 juta
  • Alieff Irfan - 2.65 juta
  • Jordan Yeoh Fitness - 2.6 juta

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended