UniSZA Memperkenalkan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam Secara Online

UniSZA Memperkenalkan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam Secara Online

Demi menyahut seruan hidup dengan norma baharu, UniSZA telah tampil dengan inisiatif sendiri dengan memperkenalkan modul Kursus Pra Perkahwinan Islam dan Pembinaan Keluarga Bahagia Secara Dalam Talian (Online).

Jika sebelum ini, Selangor telah mengumumkan akan mengadakan sesi kursus pra perkahwinan secara online walaupun bagi pasca PKPB. Jadi mereka yang sebelum ini telah mendaftar, mereka akan menduduki kursus tersebut melalui video conference sahaja.

Melalui itulah, pihak UniSZA telah membangunkan kandungan digital bagi kursus pra perkahwinan ini dengan kerjasama pakar bidang Pengajian Islam, Perubatan, Kewangan Islam, Undang-undang Islam dan Teknologi Maklumat dari universiti tersebut. Kandungan tersebut pastinya selari dengan silibus yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kandungan Digital Kursus Pra Perkahwinan Daripada UniSZA

UniSZA Memperkenalkan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam Secara Online

Inisiatif ini dibangunkan melalui platform MyBahagia. Jadi disinilah terdapatnya segala kandungan yang disimpan dan pendaftaran boleh dilakukan. Kesemua 11 modul pra-perkahwinan boleh dapatkan disini dengan saiz sekitar 1GB sahaja.

Dengan norma baharu ini, bagi mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang ingin melakukan kursus tersebut, mereka boleh dapatkan melalui platform MyBahagia ini. Segala bahan dan kandungan disediakan. Jadi mereka boleh lakukan secara online sahaja selepas ini tanpa perlu adakan kelas beramai-ramai seperti sebelum ini.

Seperti yang diberitahu melalui pautan Remaja, MyBahagian ini akan diperkenalkan bermula 13 Jun dan dengan RM30 sahaja, anda boleh daftar menggunakan platform ini. Jadi kepada bakal pengantin, pastinya ini menjadi berita gembira untuk mereka. 

UniSZA Memperkenalkan Modul Kursus Pra Perkahwinan Islam Secara Online

Lebih mudah urusan yang boleh dibuat selepas ini. Mereka tidak lagi perlu bersua muka dengan tenaga pengajar dalam sesi kursus pra perkahwinan tersebut.


sumber : Remaja

Post a Comment

Previous Post Next Post