Akhirnya Fizi Tampil Memohon Maaf Kepada Upin Ipin. Comel Sangat!

Akhirnya Fizi Tampil Memohon Maaf Kepada Upin Ipin. Comel Sangat!

Akhirnya hari ini Fizi tampil di khalayak ramai dengan membuat permohonan maaf secara terbuka khas kepada Ipin Upin atas terlepas cakap sebelum ini.

Beberapa hari yang lepas, Fizi trending di media sosial apabila adik tersebut sepertinya terlepas cakap kepada kawan karibnya Upin dan Ipin di dalam sebuah adegan yang ditontonkan di dalam Upin Dan Ipin Tiada Syurga?

Dalam adegan tersebut, Fizi terlepas cakap apabila Upin Ipin tiada syurga kerana mereka telah kehilangan ibunya dari kecil lagi. (Syurga dibawah telapak kaki ibu)

"Jadi jika tiada ibu, tiadalah syurga" - Fizi

Disebabkan adega inilah Upin Ipin berasa sangat sedih kerana tahu jika tiada ibu, tiada syurga seperti yang diberitahu oleh Fizi. Sejak daripada itulah, Fizi terus trending di media sosial terutamanya di Twitter. Ramai suruh Fizi tampil memohon maaf kepada Upin Ipin atas ketelanjuran tersebut.

Akhirnya Fizi Tampil Memohon Maaf Kepada Upin Ipin. Comel Sangat!

Fizi Minta Maaf

Jadi hari ini, Fizi tampil memohon maaf secara video conference kepada Upin Ipin kerana ketelanjuran kata-kata tersebut sempena Hari Raya.

"Fizi minta maaf pada Upin dan Ipin selepas kena cubit dengan mail. Kini Fizi dan insaf. Jadi jangalah marah Fizi lagi" - Fizi

Comel kan mereka ni. Inilah antara adegan dan video terbaru daripada Les Copaque bagi menjawab segala permasalahan peminat siri animasi Upin Ipin. Jangan risau, Upin Ipin dan maafkan Fizi pun. Mereka kan sahabat selamanya!


Post a Comment

Previous Post Next Post