'Ralph Dibny' Disingkirkan Daripada Series The Flash Gara-Gara Tweet Berbaur Perkauman



Hartley Sawyer yang membintangi siri terkenal The Flash sebagai Ralph Dibny atau Elongated Man diumumkan telah disingkirkan daripada berlakon di dalam siri itu. Ini berikutan pendedahan tweet beliau yang berbau rasis atau perkauman.

Peminat The Flash pastinya mengenali beliau sebagai Ralph Dibny dimana salah seorang meta human yang memiliki kuasa untuk memanjang badan beliau sehingga digelar sebagai Elonganted Man yang juga merupakan pembantu kepada Barry Allen atau The Flash.

Angkara Tweet, Hartley Sawyer Disingkirkan

Penerbit siri The Flash, Eric Wallace baru-baru ini telah mengumumkan pelakon Hartley Sawyer disingkirkan daripada sertai siri The Flash dan tidak akan kembali untuk musim ketujuh yang akan datang.


"Hartley Sawyer tidak akan kembali untuk musim ketujuh The Flash. Berhubung perkongsiannya di sosial media, kami tidak bertoleransi dengan kata hinaan yang ditujukan kepada bangsa, etnik, kewarganegaraan asal, jantina, mahupun orientasi seks.

Pada minggu lepas, seorang pelakon Amerika, Skai Jackson telah mendedahkan tweet-tweet lama daripada Hartley Sawyer yang sangat keterlaluan dan berbaur pekauman. Jadi dengan isu Black Lives Matter, pastinya isu ini menjadi semakin berat. Tetapi kini, akaun twitternya kini sudah pun dipadam.



Hartley Sawyer Meminta Maaf

Sejurus pendedahan tweet-tweet beliau dan penyingkiran daripada sertai siri The Flash tersebut, Hartley Sawyer telah mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf di akaun Instagram beliuau.
"Kata-kata saya, tidak relevan dengan niat cuba berlawak, sangat melukakan, dan tidak boleh diterima. Saya sangat malu, saya boleh lakukan percubaan yang sangat teruk itu demi mencuri perhatian.

"Saya sangat menyesalinya. Kelakuan sebegitu sangat tidak boleh diterima. Kata-kata itu saya keluarkan sewaktu saya tidak terfikir dan menyedari boleh mencetuskan bahaya," katanya.

Jadi lepas ni, siapa pula nak ganti Elongated Man ni. Tak best la The Flash lepas ni.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended