Dapatkan Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Dengan Harga RM30 Sahaja

Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Dengan Harga RM30 Sahaja

Kepada pengguna pengangkutan awam, kini anda boleh dapatkan pas perjalanan tanpa had My30 selama 30 hari dengan harga RM30 sahaja daripada RapidKL. Secara ringkas, sehari seringgit bagi perbelanjaan perjalanan anda.

MY30 ini merupaka inisiatif daripada kerajaan melalui PENJANA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini. Ini bagi merangsang semula ekonomi negara selepas beberapa bulan negara melalui fasa PKP disebabkan penularan pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia.

Kalau sebelum ini, Kerajaan terdahulu ada menyediakan My50 dan My100 yang merupakan pas tanpa had juga sama seperti ini yang juga melalui RapidKL.

Tapi kali ini lebih murah melalui My30 tetapi ianya bertujuan merangsang ekonomi dan membantu rakyat sehingga pandemik ini selesai. Jadi ianya dapat digunakan dalam suatu tempoh yang ditetapkan sahaja.

Dapatkan MY30 Untuk Perjalanan Tanpa Had

Ini pastinya berita gembira bagi pengguna pengangkutan awam rel dan dan bas Rapid KL. Anda boleh dapatkan pas MY30 ini bermula 15 Jun 2020 (Isnin) dan penggunaanya pula boleh digunakan sehingga 31 Disember 2020 tanpa had. Anda bebas untuk gunakan beberapa kali sehari, seminggu atau sebulan.

Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Dengan Harga RM30 Sahaja

Cara Melanggan pas My30

Anda hanya perlu bawa MyKad atau MyTentera ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid KL seperti senarai dibawah. Anda hanya perlu membayar RM30 setiap bulan bagi menggunakan My30 disemua perkhidmatan dan rangkaian RapidKL seperti MRT, LRT, Monorel, BRT, bas Rapid
KL dan bas perantara MRT.

Untuk bulan seterusnya, jika anda ingin menggunakan lagi My30 ini, anda hanya pastikan baki tidak kurang daripada RM35 sahaja. Anda boleh teruskan penggunaan tanpa perlu pergi ke kaunter sekali lagi.

Untuk melanggan, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter seperti yang disenaraikan dibawah:
  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen BRT
  • Hab bas terpilih seperti:
    • Pasar Seni
    • Seksyen 2, Shah Alam
    • Sri Nilam
    • Greenwood
    • Terminal Kajang

Pas My30 ini hanya boleh digunakan bersama MyKad atau MyTentera sahaja. Sebarang kad Touch N' Go tidak akan diterima. Pastikan juga kad anda tersebut mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM5. 

Buat masa ini, pas My30 untuk perjalanan tanpa had hanya boleh digunakan di rangkaian RapidKL dan bas di Lembah Klang sahaja. Rapid Penang dan Rapid Kuantan, tidak boleh. 

https://www.myrapid.com.my/

Diharap inisiatif melaluia PENJANA ini, dapat meringankan beban rakyat yang sebelum ini terpaksa duduk di rumah dan tidak bekerja bagi mencari pendapatan. Selepas ini, pastinya perbelanjaan pengangkutan dapat dikurangkan dan dapat memberi perbelanjaan yang lebih kepada individu yang menggunakan khidmat rangkaian RapidKL ini.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan My30 ini, anda boleh dapatkan FAQ disini. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh hubungi RapidKL facebook atau emel ke suggest@rapidkl.com.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended