Cara Hantar Mesej Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

Cara Hantar Mesej Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

Sekarang ni, kalau ada keperluan untuk hantar mesej Whatsapp, anda tidak perlu lagi untuk save nombor telefon tersebut. Sebaliknya hanya perlu ikuti cara ini untuk anda hantar mesej Whatsapp tersebut.

Kebiasaanya sekarang, kalau kita perlu hantar mesej melalui Whatsapp, anda perlu save nombor telefon mereka. Kemudian, barulah anda boleh hantar mesej yang perlu kepada mereka.

Perkara ini biasanya berlaku bila kita berurusan dengan penjual. Mereka tinggalkan nombor telefon untuk kita hubungi mereka kembali jika mereka ingin membeli produk daripada mereka. Jadi kita terpaksa nombor telefon penjual tersebut dan mulakan urusan jual beli.

Jadi kemudian nak berurusan dengan orang lain pula, perlu juga lakukan perkara sedemikian. Jadi lama-lama banyak lah nombor telefon yang kita save di dalam contact phone kita yang mungkin kita tak kenal pun.

Sebenarnya, ada cara untuk anda elakkan perkara ini. Ya! anda boleh hantar mesej whatsapp tanpa perlu save nombor telefon pun. Cara ini sangat mudah berbanding dengan save nombor telefon tersebut.

Jom kita tengok, cara hantar mesej Whatsapp tanpa perlu save nombor telefon orang tersebut.

Cara Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon

Cara ini juga sebenarnya sangat sesuai untuk penjual atau sesiapa sahaja yang inginkan mereka hubungi anda tanpa perlu save nombor telefon kita. Mereka hanya perlu klik sahaja link yang dikongsikan, mereka terus boleh hubungi anda.

1.   Gunakan wasap.my

Cara ini nampak lebih mudah. Anda perlu taip beberapa perkataan diiringi dengan nombor telefon mereka yang ingin hubungi. Ikuti caranya dibawah:

Langkah 1 : Anda taip sahaja di Google  wasap.my/6<no telefon> dan tekan enter

Contoh : kalau no telefon tersebut 019123467, anda taip dan jangan lupa tambah 6 iaitu : 

wasap.my/60191234567

Langkah 2 : Anda akan dibawa terus ke pautan Whatsapp. Anda tekan Continue To Chat

Langkah 3 : Barulah anda boleh mula hantar mesej ke pemilik nombor telefon tersebut. Boleh terus chat menggunakan Whatsapp

1.1   Tukar Nombor Telefon Kepada Perkataan Yang Kita Mahu

Cara ini kebiasaanya digunakan bagi peniaga atau sesiapa yang dihubungi tanpa perlu save nombor telefon mereka. Anda perlu klik link sahaja dan terus dibawa ke Whatsapp penjual tersebut. 

Ada 2 cara, anda boleh gunakan nombor telefon seperti cara diatas atau anda boleh tukar nombor telefon tersebut dengan perkataan yang anda mahu. Ikuti caranya dibawah

Langkah 1 : Pergi ke system.wasap.my/home

Langkah 2 : Anda perlu daftar akaun wasap.my terlebih dahulu pada bahagian Create An Account. Kemudian verification link akan dihantar di emel anda (jika tiada, lihat bahagian SPAM) dan klik link tersebut

Cara Hantar Mesej Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

Langkah 3 : Jika selesai verify. Log in akaun anda semula

Langkah 4 :  Klik add link

Cara Hantar Mesej Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

Langkah 5 : Penuhi segala tempat kosong dengan maklumat anda dan jika selesai, klik Submit.

Cara Hantar Mesej Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

Link - Masukkan perkataan yang anda mahu (wasap.my/hubungisaya)
Phone - Masukkan nombor telefon anda bersama nombor 6
Pre-filled Text - Pada bahagian ini akan terpapar bila ianya dibuka di dalam Whatsapp

Langkah 6 : Sudah selesai. Anda boleh kongsikan link Whatsapp anda tersebut dimana-mana yang anda suka. Seperti di facebook, twitter atau instagram supaya lebih ramai akan hubungi anda.

Cara Hantar Mesej Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

2.   Gunakan Pautan just-type.com

Cara kedua ini pun anda boleh gunakan sebagai cara Whatsapp tanpa save nombor telefon tersebut. 

Caranya, anda pergi ke pautan ini just-type.com kemudian masukkan no telefon yang anda ingin hubungi di ruang disediakan dah klik Start Chat. Kemudian, anda akan dibawa terus ke laman chat Whatsapp orang tersebut.

Cara Hantar Mesej Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

Inilah antara cara-cara yang anda boleh gunakan untuk hantar mesej Whatsapp tanpa perlu save nombor telefon. Lepas ni nak berurusan menggunakan Whatsapp lebih mudah kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post