Pelakon Korea, Son Ye Jin dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia bagi tahun 2020

Son Ye Jin dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia

Bintang Korea Selatan, Son Ye Jin telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia bagi tahun 2020.

Pelakon yang pernah membintangi Crash Landing On You, Something In The Rain dan The Negotiation itu menerima lebih 4.3 juta undian selepas satu tinjaun global telah dibuat bermula pada 4 April yang lepas.

Son Ye Jin Wanita Cantik Di Dunia

Son Ye Jin dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia

Tinjauan atau undian ini dibuat melalui laman web Starmometer dan pencalonan telah dibuka kepada wanita yang berumur sekitar 20 hingga 40 tahun dari seluruh dunia. Selain daripada kecantikan, daya tarikan dan populariti juga memainkan peranan dalam undian ini. 

Son Ye Jin diundi bersama 100 lagi calon lain yang disenaraikan dan telah berjaya menduduki tangga teratas selepas berjaya menewaskan Lalisa Manoban (Thailand) di tempat ke-2 dan Tzuyu (Taiwan) di tempat ke-3.

Dalam 100 pencalonan tersebut, Malaysia juga tersenarai melalui Juliana Evans yang hanya menduduk tangga ke-72 sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia. Secara keseluruhan lebih 14 juta undian telah dibuat di seluruh dunia.

Turut tersenarai di dalam 10 teratas adalah Urassaya Sperbund,  Jisoo Kim, Rose Park, Song Hye Kyo, Jennie Kim, Liza Soberano dan Sina Deinert. Jika anda lihat senarai 100 pencalonan, anda boleh lihat di starmometer.com

Post a Comment

Previous Post Next Post