Boboiboy Movie 2 Ke Italy! Menjadi Finalis Kategori BEST ANIMATED FILM Di Florence Film Awards

boboiboy movie 2 Finalis Kategori BEST ANIMATED FILM Di Florence Film Awards

Semakin hari, Boboiboy Movie 2 semakin dipandang oleh negara luar. Selepas New York, kini filem animasi itu sekali lagi tercalon menjadi finalis bagi kategori Best Animated Film di Florence Film Awards di Itali.

Jika baru-baru ini, pihak Monsta telah umumkan filem Boboiboy Movie 2 tercalon di dalam Best Animation 3D Film melalui New York Animation Film Award (NYAFA). Hari ini sekali lagi, filem ini mencipta nama tersendiri.

Boboiboy Movie 2 Di Finalis Di Florence Film Awards

boboiboy movie 2 Finalis Kategori BEST ANIMATED FILM Di Florence Film Awards

Boboiboy Movie 2 menjadi finalis bagi kategori Best Animated Film di Florence Film Awards, Italy. Pastinya iainya suatu pencapaian yang baik bagi industri animasi negara walaupun hanya sebagai finalis.

Kejayaan awal ini menunjukkan animasi daripada Malaysia kini sedikit sebanyak mampu bersaing di persada antarabangsa. Kini ianya bukan ditayangkan di Malaysia sahaja, mungkin selepas ini akan memasuki pasaran Eropah pula.

Jadi tahniah kepada tim Monsta dengan animasi Boboiboy yang pastinya akan membanggakan Malaysia di persada antarabangsa.

Selepas New York, kini di Itali pula. Sudah jadi finalis, pastikan kejayaan milik Malaysia. Bawa sebanyak mana anugerah dan pengiktirafan daripada negara luar.

Terbaikkk!

Post a Comment

Previous Post Next Post