Nikah Online Dihentikan. JAIS Benarkan Majlis Akad Nikah Fizikal Seperti Biasa Bermula 22 Jun

AIS Benarkan Majlis Akad Nikah Fizikal Seperti Biasa Bermula 22 Jun

Bermula Isnin ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan membenarkan Majlis Akad Nikah Dengan Kehadiran Fizikal seperti biasa di Selangor. Ini diumumkan di Facebook JAIS pada beberapa hari yang lepas.

Sebelum PKPP diadakan, majlis akad nikah dibenarkan diadakan tetapi dalam norma baharu iaitu dilakukan secara online atau melalui Sidang Video (Video Conference). Tetapi ianya mestilah bagi pasangan bakal pengantin yang terpaksa tangguh majlis di sebabkan penularan COVID-19 sebelum ini.

Majlis Akad Nikah Secara Fizikal Boleh Dilakukan

AIS Benarkan Majlis Akad Nikah Fizikal Seperti Biasa Bermula 22 Jun

Jadi bermula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, Kerajaan telah membenarkan banyak aktiviti boleh dijalankan seperti biasa tetapi mestilah mengikut SOP yang ditetapkan.

Dengan makluman itu juga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membenarkan semula pelaksanaan majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal seperti biasa bermula 22 Jun 2020. Justeru itu, tiada lagi pernikahan secara online atau secara sidang video di Selangor.

Tetapi mestilah mengikut ketetapan yang ditetapkan seperti kehadiran rombongan dalam majlis akad nikah. Kini ia dihadkan tidak melebihi 15 orang dengan masing-masing 7 orang dari pihak lelaki dan 8 orang dari pihak perempuan selain dari pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan 2 saksi.

Selain itu juga, majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan di masjid-masjid yang ditentukan atau di Pejabat Agalam Islam Daerah dalam kes-kes tertentu yang dibenarkan oleh Pendaftar Kanan.

Jadi selepas ini, bagi mereka yang bakal melangsungkan pernikahan, boleh la bersalaman dan akad seperti biasa seperti majlis sebelum PKP berlangsung.

Sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga di talian 03-5514 3479

Post a Comment

Previous Post Next Post