Tahniah! Boboiboy Movie 2 Tercalon Di Dalam Anugerah Best Animation 3D Film Di New York

Boboiboy Movie 2 Tercalon Di Dalam Anugerah Best Animation 3D Film

Suatu lagi kebanggaan Malaysia dimana filem Boboiboy Movie 2 telah tercalon di dalam Anugerah Best Animation 3D Film di New York. Lagi berita yang cukup membanggakan bagi industri animasi tempatan.

Hari ini, pihak produksi Monsta telah mengumumkan, filem terbaru mereka, Boboiboy Movie 2 tercalon di dalam anugerah antarabangsa New York Animation Film Award (NYAFA) bagi kategori Best Animation 3D Film.


Sebelum ini, Boboiboy Movie 2 telah mencatat sejarah apabila filem animasi tempatan yang mengumpul kutipan tertinggi iaitu sebanyak lebih RM27 juta sepanjang 26 hari ditayangkan di seluruh pawagam di dalam negara.

Jadi kepada anda yang belum menonton filem animasi ini, kini ianya boleh ditonton secara strim di Netflix. Maklumat lanjut, boleh baca senarai tayangan Netflix bagi bulan Jun disini.

Post a Comment

Previous Post Next Post